07 September 2009

PROGRAM TADARUS AL-QURAN PENGHIAS RAMADHAN OLEH WANITA UMNO KAMPUNG BUKIT WAN

Islam menggalakkan umatnya untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat. Oleh itu Allah telah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya dapat memimpin umatnya ke arah hidup yang sempurna. Membaca Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya mempunyai banyak kelebihan dan dimuliakan di sisi Allah S.W.T. Kelebihan ini dilipat gandakan lagi apabila ianya diamalkan pada bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Tadarus ialah membaca al-Quran secara berdua, bertiga atau berkumpulan, di mana caranya ialah seseorang membaca manakala yang lain mendengar sambil memperbetul kesilapan bacaan jika ada dan seterusnya dengan bergilir-gilir. Pada 4 Ogos 2009 yang lalu, ahli ahli Wanita Umno Cawangan Kampung Bukit Wan telah mengadakan satu aktiviti Tadarus Al - Quran di Masjid Kampung Bukit Wan. Walaupun dalam kesibukan menguruskan rumah tangga namun semua itu ia tidak menghalang kaum ibu bagi mengikuti program ini. Selain dari program ini, aktiviti sebelum ini iaitu membaca Yasin juga telah diadakan setiap minggu dirumah rumah yang telah dikenal pasti. Setiap program yang dijalankan pasti mendapat sambutan yang menggalakan dari semua penduduk setempat. Semoga apa yang dilakukan ini akan mendapat pahala yang berganda dan dirahmati Allah S.W.T...Amin.
Sedang bertadarus...ada yang membaca dan ada yang
mendengarnya.... Bacaan ayat ayat suci Al-Quran bergema memecah kesunyian. Baca Al-Quran dibulan Ramadhan ini banyak pahalanya. Berlumba lumbalah kita membacanya. Antara sebahagian yang hadir dalam aktiviti ini...

Tiada ulasan: