Program gotong royong adalah satu amalan yang biasa dilakukan oleh penduduk di kampung Bukit Wan. Amalan ini telah diwarisi dari dulu lagi dan hingga kini ia masih lagi menjadi satu budaya kepada penduduk setempat. Bila ada acara atau program yang melibatkan nama kampung, pasti akan diadakan gotong royong dan gerak kerja yang menjuruskan kearah kebersihan dan keceriaan kampung. Pada 25 September 2009 yang baru lalu satu program gotong royong bersih kampung telah diadakan di Kampung Bukit Wan. Program ini dijalankan dengan melibatkan semua lapisan masyarakat dan ia mendapat sambutan dan kerjasama yang amat baik dari semua penduduk kampung. Tujuan utama program ini dijalankan adalah bagi mempastikan keadaaan kampung terus kelihatan bersih dan suasana yang ceria dapat terus dikekalkan. Dan disamping itu juga ia adalah satu persiapan bagi menghadapi satu pertandingan yang diberi nama "Anugerah Desa Cemerlang" bagi peringkat daerah Kuala Terengganu. Kerja kerja membersih kawasan telah dibahagikan dari awal lagi mengikut kawasan zon masing masing. Dengan pembahagian tugas ini segala kerja dapat dijalankan dengan lancar dan menyeluruh keseluruh kampung. Program ini dirancang dan digerakkan oleh pihak JKKK dengan kerjasama Pertubuhan Belia 4B Kampung Bukit Wan dan seluruh penduduk kampung. Semoga usaha dan program yang seperti ini akan terus mendapat sambutan yang baik dari semua penduduk kampung khasnya dari golongan belia bagi menjamin kadar kebersihan dan suasana keceriaan kampung akan berterusan. Dan disamping itu juga secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi hubungan siraturahim sesama penduduk setempat. Jadikan program gotong royong ini akan terus menjadi sebagai satu budaya dan amalan kita dalam masyarakat.
KAMPUNG BERSIH, PENDUDUK SIHAT.
En Rahim...turun dalam pancur potong pokok.
Mat Rosik...antara belia yang aktif buat kerja secara solo
Mat Rosik dan Mi Long...antara yang kerja kuat
bersih kawasan...
yang menganggu laluan dan pandangan.
Satu perbincangan yang spotan. Mungkin ada idea baru.
Cari lah parang tebas rock.
peluh.
ada sesuatu yang dok kena.
Mek Ani...nak wat gi duana daun nyiur tu...
program. Terima kasih kerana komitmen anda.
Mok Su Teh dan Ani...semacam je tengok. Tak da apanya.
En Mansor (Bendahari JKKK)...antara yang datang awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan