Pada 17 Ogos 2009 yang lalu, pihak Jawatankuasa Kawalan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah mangadakan satu lawatan sambil belajar ke Kota Baharu dan Rantau Panjang. Program lawatan ini dianjurkan oleh JKKK Bukit Wan dan ia adalah terbuka kepada semua penduduk kampung yang berminat. Pihak JKKK telah menyediakan 2 buah bas dan ia adalah secara percuma. Sambutan dari penduduk kampung amat menggalakan dan ianya terdiri dari semua golongan termasuk golongan belia. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk ''membuka minda'' penduduk kampung dengan melihat keadaan "tempat orang" dan secara tidak langsung juga ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim penduduk kampung itu sendiri. Semoga lawatan yang sebergini akan dapat diadakan lagi dimasa masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan