


Kulit buku atucara majlis
Pengerusi JKKK Bukit Wan, Chek Harun Ismail, berkata sebaik sahaja kampung Bukit Wan dicalonkan mewakili daerah Kuala Terengganu dalam pertandingan ini pada September tahun lalu, hampir 90 peratus masyarakat di kampung Bukit Wan telah melibatkan diri dan menggandakan usaha membersih serta mengindahkan kawasan kampung. “Setiap hujung minggu, pada Jumaat dan Sabtu pastinya diadakan program bergotong-royong bagi memastikan setiap sudut dalam kampung kelihatan ceria, bersih dan indah dengan tanaman serta lanskap yang menarik. “Apa yang membanggakan, majoriti belia di kampung kami turut sama membantu. Suasana itu pastinya sukar ditemui di kampung lain dan ia memberi kelebihan kepada kami dalam memastikan matlamat dan slogan `Kampung Kita, Tanggungjawab Kita’ terlaksana,” katanya.
Perkara itu turut diakui Setiausaha JKKK En Ambak Ismail yang sentiasa menyuntik semangat kepada golongan muda untuk turut sama dalam sebarang aktiviti kampung dengan menjaga kebajikan dan keperluan golongan itu dalam setiap program, mahupun menyalurkan dana yang disediakan kerajaan sebaik mungkin. Selain kemenangan ini, Kampung Bukit Wan juga pernah memenangi johan Anugerah JKKK Cemerlang Daerah Kuala Terengganu 2010, tempat ketiga Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri 2009 dan tempat ketiga Anugerah kebersihan serta Pengurusan Kubur Terbaik Peringkat Negeri 2010.
Pengerusi JKKK Bukit wan Tn Hj Chek Harun Ismail
turut sama bergambar bersama piala kemenangan.
Ahli ahli AJK JKKK turut sama bergambar kenang kenangan bersama hadiah yang dimenangi
Kita makan dulu...
Orang orang penting disebalik tabir kejayaan ini...
Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambar bersama Dato Menteri Besar dan Dato SUK.
Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chik Harun (kanan) sedang
menerima penyerahan komputer riba dari wakil Kelab Remaja
Islam Malaysia Encik Amizul Abdul Razak (kiri) sambil
diperhatikan oleh YB Haji Khazan Che Mat.
YB Batu Rakit..Ustaz Hj Khazan Che Mat ...sedang menyampaikan
ucapan pada majlis tersebut
Berbincang sambil bergotong royong....
Antara sebahagian kaum ibu yang turut serta dalam program ini...
Jentolak turut digunakan bagi memudahkan kerja kerja...