19 April 2011

JKKK BUKIT WAN MENERIMA KOMPUTER RIBA DARI KELAB REMAJA ISLAM MALAYSIA

Pada 18 April 2011 bertempat di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan, sebanyak lima buah komputer riba telah diberikan oleh Kelab Remaja Islam Malaysia (KRIM NEXTWORK) kepada JKKK Bukit Wan. Tujuan penyerahan ini adalah untuk membuka sebuah pusat IT bagi keguanaan para penduduk Kampung Bukit Wan. Majlis yang berlangsung pada jam 5.00 petang ini turut dihadiri oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri. Dalam ucapan terima kasih yang disampaikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan ..Tn Hj Chek Harun Ismail, beliau amat berterima kasih kepada Kelab Remaja Islam Malaysia kerana sudi menghulurkan sumbangan komputer riba kepada JKKK untuk kegunaan seluruh penduduk kampung. Menurut beliau dengan pemberian ini ianya dapat menjadikan perancangan menubuhkan pusat IT telah berjaya diadakan. Dengan sumbangan seumpama ini ianya akan dapat memberikan kemudahan kepada para penduduk untuk lebih mendekatkan diri dengan penggunaan komputer dan ICT. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penduduk yang hadir kerana sentiasa memberikan kerjasama pada setiap program. Sementara itu dalam ucapan perhargaan oleh YB Haji Khazan Che Mat pula,beliau amat berterima kasih kepada Kelab Remaja Islam Malaysia kerana sudi menyumbangkan sebanyak 5 buah komputer riba kepada JKKK Bukit Wan. Dengan kehadiran dan pembukaan kelab IT di Bangunan KRT, beliau berharap agar para penduduk dapat menggunakan kemudahan yang diberi dengan sebaik mungkin. Beliau juga menekan betapa pada zaman kini penggunaan internet dan komputer adalah amat penting untuk meningkatkan mutu kerja."Dengan adanya pusat IT ianya akan dapat memudahkan lagi anak-anak kampung untuk belajar komputer dan memahirkan diri"katanya. Beliau juga turut berbangga dengan penubuhan kelab IT di Kampung Bukit Wan kerana telah banyak jasa yang dilakukan oleh para penduduk dalam mengharumkan nama Dun Batu Rakit. Sokongan yang padu dari para penduduk kampung amat dihargai oleh beliau.Kerjasama dan sikap muafakat yang ditonjolkan oleh para penduduk Kampung Bukit Wan perlu dicontohi dan diikuti. Beliau juga memberitahu betapa banyak JKKK dari luar untuk mengadakan lawatan bermaklumat ke Bukit Wan. Beliau berharap sokongan yang padu dapat dibrikan oleh para penduduk ketika pilihanraya nanti. Bagi beliau sokongan yang ditunjukkan oleh Bukit Wan telah membawa kepada terkenalnya Batu Rakit kini kepada orang luar.Turut bersama hadir dalam majlis penyampaian ini Encik Haniff Abdullah selaku Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad. DUNIA TANPA SEMPADAN DAN SEGALANYA BERKEMUNGKINAN

Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chik Harun (kanan) sedang menerima penyerahan komputer riba dari wakil Kelab Remaja Islam Malaysia Encik Amizul Abdul Razak (kiri) sambil diperhatikan oleh YB Haji Khazan Che Mat.

YB Batu Rakit..Ustaz Hj Khazan Che Mat ...sedang menyampaikan ucapan pada majlis tersebut

Antara sebahagian penduduk kampung yang hadir Ustaz Khazan sedang melakukan gimik pelancaran
kelab IT Kampung Bukit Wan
Anak anak kampung turut memcuba komputer baru
Minum petang di akhir majlis

Tiada ulasan: