17 April 2011

GOTONG ROYONG DI PANCHUR KEMPAS BUKIT WAN

Amalan gotong-royong merupakan suatu tradisi yang diperturunkan daripada nenek moyang kita khasnya yang tinggal di kampung kampung. Bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai dan secara sukarela. Semangat gotong-royong kini dikatakan kian luntur selaras dengan perubahan waktu. Namun di Kampung Bukit Wan adalah dibaliknya. Semangat bergotong royong dan bekerjasama terus menjadi sebahagian cara hidup masyarakat kampung. “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” terus direalisasikan dan terbukti bahawa apabila setiap kali dimaklumkan adanya program gotong royong, maka ramailah yang turut serta dan bagai peringkat umur. Gotong royong pada kali ini diadakan khas untuk membersihkan kawasan sekitar Panchur Kempas iaitu kawasan pintu masuk ke kampung Bukit Wan. Pihak JKKK bercadang untuk mewujudkan satu kawasan rehat dan riadah disekitar kawasan tersebut. Program gotong royong ini diadakan pada 15 April 2011 yang lalu bermula jam 8.30 pagi dalam suasana meriah. Dalam kesibukan bergotong royong ada juga sebahagiannya kaum ibu meluangkan masa dengan merebus jagung manis dikawasan gotong royong tersebut. Pada sesi gotong royong kali ini, pihak JKKK telah menyediakan makan tengahari kepada semua yang terlibat dalam program ini.

Berbincang sambil bergotong royong....

Antara sebahagian kaum ibu yang turut serta dalam program ini...

Jentolak turut digunakan bagi memudahkan kerja kerja...

Tiada ulasan: