09 April 2011

LAWATAN MUHIBBAH JKKK CHE KUNDUR (LORONG HAJI DA, BATU BURUK) KE KAMPUNG BUKIT WAN

Pada 8 April 2011, satu rombongan lawatan muhibbah dari JKKK Che Kundur (Lorong Haji Da) Batu Buruk ke kampung Bukit Wan. Rombongan ini telah tiba pada pukul 3.15 petang di Bangunan KRT dan disambut oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan iaitu Tn Hj Chek Harun bin Ismail dan barisan kepimpinan JKKK yang lain. Sebaik saja semasuki dewan, satu taklimat ringkas tentang Kampung Bukit Wan telah disampaikan oleh Pengerusi JKKK. Selain dari itu tayangan slide turut ditayangkan tentang Kampung Bukit Wan. Rombongan ini juga telah dibawa melawat beberapa tempat disekitar kampung iaitu tempat membuat ragi, pemeliharaan ayam hiasan (ayam serama) dan perusahaan membuat roti serta Taman Herba. Di Taman Herba, para rombongan telah dihidangkan minum petang iaitu rojek betik dan air kelapa muda serta lain lain menu. Sebelum pulang turut diadakan sesi bergambar dengan kedua dua JKKK.
Ketibaan rombongan JKKK Che Kundur disambut
oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan...
Pengerusi JKKK Bukit Wan...Tn Hj Chek Harun Ismail
sedang menyampaikan taklimat
Peserta rombongan disesi lawatan ke kedai roti
Peternakan ayam hiasan (ayam serama) turut dilawati
Buah kelapa muda antara juadah yang disediakan...
Menjamu selera di Taman Herba....
Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan...sempat
lagi berbincang sambil minum petang.
Cenderahati dari JKKK Che Kundur....
Bergambar kenang kenangan antara 2 JKKK diakhir
sesi lawatan.

Tiada ulasan: