22 April 2011

KAMPUNG BUKIT WAN JOHAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH
Kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan seluruh penduduk kampung Bukit Wan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung bagi melayakkan Kampung Bukit Wan muncul Johan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2010 bagi Kategori Luar Kawasan Operasi. Dengan kemenangan ini, JKKK Bukit Wan telah dihadiahkan wang tunai Rm 10,000 dan RM100,000 lagi bagi menjalankan projek projek didalam kampung serta semua ahli JKKK akan dibawa melawat negara Australia dan segala kosnya kan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Kulit buku atucara majlis

Pengerusi JKKK Bukit Wan...Tn Hj Chek Harun Ismail
sedang hadiah dari Menteri Besar Terengganu
Tim Pengerusi JKKK Bukit Wan...En Madzuki Abd Ghani
turut menerima hadiah dari Menteri Besar
Antara sebahagian orang ramai yang hadir pada
majlis tersebut
Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said telah menyampaikan hadiah kemenangan itu di majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bukit Sawa, Marang pada 20 April 2011 yang baru lalu. Turut hadir pada majlis ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, PembangunanMasyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah dan Adun Jabi, Ramlan Ali. Selain dari menjadi johan pertandingan, JKKK Bukit Wan juga turut diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Kebersihan Persekitaran (jalan utama dan jalan kampung), kategori kebersihan Infrastruktur Dalam Kawasan dan Katogeri Keceriaan Lanskap. Kemenangan itu membolehkan mereka menerima wang tunai RM1,000 bagi setiap kategori.
Penyokong setia JKKK Bukit Wan...

Pengerusi JKKK Bukit Wan, Chek Harun Ismail, berkata sebaik sahaja kampung Bukit Wan dicalonkan mewakili daerah Kuala Terengganu dalam pertandingan ini pada September tahun lalu, hampir 90 peratus masyarakat di kampung Bukit Wan telah melibatkan diri dan menggandakan usaha membersih serta mengindahkan kawasan kampung. “Setiap hujung minggu, pada Jumaat dan Sabtu pastinya diadakan program bergotong-royong bagi memastikan setiap sudut dalam kampung kelihatan ceria, bersih dan indah dengan tanaman serta lanskap yang menarik. “Apa yang membanggakan, majoriti belia di kampung kami turut sama membantu. Suasana itu pastinya sukar ditemui di kampung lain dan ia memberi kelebihan kepada kami dalam memastikan matlamat dan slogan `Kampung Kita, Tanggungjawab Kita’ terlaksana,” katanya.

S/U JKKK Bukit Wan...En Ambak Ismail turut sama
kepentas untuk menerima hadiah

Perkara itu turut diakui Setiausaha JKKK En Ambak Ismail yang sentiasa menyuntik semangat kepada golongan muda untuk turut sama dalam sebarang aktiviti kampung dengan menjaga kebajikan dan keperluan golongan itu dalam setiap program, mahupun menyalurkan dana yang disediakan kerajaan sebaik mungkin. Selain kemenangan ini, Kampung Bukit Wan juga pernah memenangi johan Anugerah JKKK Cemerlang Daerah Kuala Terengganu 2010, tempat ketiga Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri 2009 dan tempat ketiga Anugerah kebersihan serta Pengurusan Kubur Terbaik Peringkat Negeri 2010.

Pengerusi JKKK Bukit wan Tn Hj Chek Harun Ismail turut sama bergambar bersama piala kemenangan.

Ahli ahli AJK JKKK turut sama bergambar kenang kenangan bersama hadiah yang dimenangi

Kita makan dulu...

Orang orang penting disebalik tabir kejayaan ini...

Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambar bersama Dato Menteri Besar dan Dato SUK.

Tiada ulasan: