12 Januari 2013

AHLI KELAB FUTSAL BERGOTONG ROYONG BERSAMA JKKK BUKIT WAN

Ahli Kelab Futsal Bukit Wan (KFBW) terus aktif dengan program program kemasyarakatannya. Yang terbaru iaitu pada hari Jumaat (11 Januari 2013) telah berlangsung program gotong royong bersih tanah perkuburan dan kawasan sekitar masjid. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama JKKK Bukit Wan. Antara kerja kerja yang dijalankan ialah memotong rumput dan membuang sampah serta kerja kerja pembersihan. Program ini turut dihadiri oleh YB Ustaz Khazan Che Mat (ADUN Batu Rakit) serta kepimpinan JKKK Bukit Wan.
Turut hadir YB Khazan Che Mat...
Berbincang sebelum program bermula...
Membersih dan mencantikan pusara pusara...
Rajin dan bersemangat...
Kaum wanita turut sama bergotong royong
Berehat sejenap sambil menikmati minum

Tiada ulasan: