07 Januari 2013

LAWATAN BERMAKLUMAT DARI PEJABAT DAERAH ALOR GAJAH MELAKA KE KAMPUNG BUKIT WAN


Kampung Bukit Wan terus menjadi tumpuan dan terbaru satu rombongan dari Pejabat Daerah Alor Gajah Melaka telah berkunjung ke Kampung Bukit Wan. Rombongan itu yang seramai 40 orang telah sampai di Kampung Bukit Wan pada 6 Januari 2013 tepat jam 10.00 pagi di Bangunan KRT Bukit Wan.  Rombongan ini telah disambut oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan iaitu Tuan Hj Chek Harun Ismail dan barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YB ADUN Batu Rakit (Tn Hj Ustaz Khazan Che Mat) dan Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu (Tn Hj Wan Sulaiman Wan Muda). Dalam majlis ini turut diadakan sesi dialog dan tayangan video yang bertajuk "Kampung Bukit Wan Hari Ini". 
Pengerusi JKKK Bukit Wan ...Tn Hj Chek Harun sedang menonton
tayangan video kampung.
Didalam dewan KRT Bukit Wan
Para hadirin sedang menonton tayangan video kampung.
"Kampung Bukit Wan Hari Ini"
Sesi soal jawab bermula
Makan tengahari sebelum bersurai

Tiada ulasan: