Mesyuarat Khas seluruh Pengerusi JKKK dalam Dun Batu Rakit sempena kedatangan Perdana Menteri Malaysia ke Kampung Bukit Wan yang dijangka tidak berapa lama lagi. Mesyuarat ini telah berlangsung di Bangunan KRT Bukit Wan yang dipengerusikan oleh Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu (Tn Hj Wan Sulaiman Wan Muda). Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Khas YB ADUN Batu Rakit (Ustaz Kamaruddin). Dalam majlis ini ia membincangkan tentang persiapan persiapan dan perkara perkara yang perlu dilakukan agar majlis tersebut akan berjalan dengan lancar dan mengikut jadual.
Majlis yang dipengerusikan oleh Penghulu Kanan ..
Tn Hj Wan Sulaiman Wan Muda
Ahli mesyuarat serius membincangkan hal hal majlis...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan