05 Januari 2013

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP BUKIT WAN 2013

Pada 4 Januari 2013 telah berlangsung satu kejohanan Futsal Tertutup Kampung Bukit Wan. Ini merupakan program pertama Kelab Futsal Bukit Wan kerana ia baru saja ditubuhkan dan ia juga merupakan program pertama di tahun 2013. Kejohanan ini telah berlangsung di Gelanggang Futsal Bukit Wan yang baru saja siap pembinaannya. Kejohanan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Ia berlangsung selama 1 hari dalam suasana riuh rendah dan semangat kesukanan serta penuh muhibbah. Pihak Kelab Futsal juga turut menyediakan acara sampingan iaitu teka biji betik dengan hadiah telepon bimbit Samsung.  Majlis penyampaian hadiah telah disempunakan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan iaitu Tn Hj Chek harun Ismail. Dalam majlis itu juga pihak Kelab Futsal juga turut mendermakan wang kepada tabung Masjid Bukit Wan.
Poster promosi kejohanan
Jadual perlawanan
Piala yang menjadi rebutan...
Memerhati dengan penuh minat...Apa dia...?
Salah satu aksi menarik digelangang
Meeting dan atur streategi sebelum masuk padang...
Pasukan wanita menunjuk kehabatan masing masing.
Teka biji betik...kita bilang dulu....
Siapa kena....?????
Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail) sedang 
menyampaikan ucapan pada majlis penutup kejohanan
Pengerusi Kelab Futsal Bukit Wan...En Farhan Mansor 
sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Pengerusi Kelab Futsal Bukit Wan sedang memyampaikan
cenderahati kepada Pengerusi JKKK Bukit Wan.



Bergambar sebelum perlawanan final bermula...

Tiada ulasan: