27 Januari 2013

LAWATAN KRT SALAK TINGGI SEPANG SELANGOR KE KAMPUNG BUKIT WAN

Kampung Bukit Wan terus menjadi tumpuan dan semakin dikenali ramai bukan saja di Negeri Terengganu tetapi boleh dikatakan seluruh negara. Ini kerana pada 9 Janauri lalu satu rombongan dari Pejabat Daerah Alur Gajah Melaka. Dan terbaru ini, satu rombongan dari KRT Taman Izora Bandar Baru Salak Tinggi Sepang Selangor. Rombongan yang seramai 56 orang ini telah selamat sampai di buki Bukit Wan tepat 3.30 petang. Rombongan ini telah disambut oleh barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan yang diketuai oleh Pengerusi JKKK Iaitu Tn Hj Chek Harun Ismail. Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu aluan dari Pengerusi JKKK Bukit Wan dan disusuli dengan tayangan video "Kampung Bukit Wan Hari Ini". Majlis soal jawab terus berlangsung dengan berbagai soalan dan pertanyaan yang berkaitan dengan kejayaan kampung dalam berbagai aspek khasnya aspek kepimpinan. Di akhir majlis diadakan sesi pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai kenang kenangan.
Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan sedang memyambut kedatangan
ahli rombongan dari KRT Taman Izora.

Barisan kepimpinan KRT Taman Izora.
S/U JKKK Bukit Wan (En Ambak Ismail) sedang menjawab beberapa 
persoalan yang dikemukaan.
g
Pengerusi JKKK Bukit Wan Tn Hj Chek harun Ismail sedang
menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi KRT Taman Izora
Bandar Baru Salak Tinggi Sepang Selangor.
Cenderahati dari KRT Izora kepada JKKK Bukit Wan.



Ahli rombongan KRT Taman Izora dan Kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambar
kenang kenangan diakhir majlis.

Tiada ulasan: