05 Jun 2009

KOLEKSI FOTO MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT

Pada 4 Jun 2009 telah berlangsung satu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Kampung Bukit Wan. Majlis turut dihadiri oleh YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit), En Azhar (Ketua Pemuda Batu Rakit) dan ramai lagi barisan kepimpinan dalam dun Batu Rakit. Kehadiran masyarakat setempat amat menggalakan dan diluar jangkaan. Kehadiran golongan belia dan remaja cukup memberangsangkan. Dianggarkan lebih 150 orang telah hadir pada majlis tersebut dan program ini dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Kampung Bukit Wan. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan selepas itu diadakan Majlis Bacaan Yassin ,Tahlil dan Doa Selamat serta diikuti dengan solat Isyak berjemaah yang diimani oleh Ustaz Khazan. Majlis ini diakhiri dengan sedikit jamuan.
Majlis bermula...bacaan Yassin
Sedikit ucapan dari YB Khazan...
Saudara Azhar....terima kasih kerana hadir.
Sebahagian dari yang hadir....
Antara belia dan remaja yang hadir....
Encik Badri.....Orang kuat dalam kampung bersama YB Khazan.
Sedikit jamuan....nasi kuning dan gulai ikan aya.
(Memang sedap bos..)
Selesai solat Isyak...bersalam salaman
Eratkan hubungan siraturahim dalam masyarakat kita...
Kita makan dulu.....
Razli....antara belia yang hadir. Thank You.
Tambah lagi Man...tak tambah rugi.
Makan bersama YB.....

Tiada ulasan: