Pada 15 Jun 2009 satu Mesyuarat Belia telah diadakan di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan. Mesyuarat ini bermula pada jam 9.15 malam yang dihadiri hampir kesemua AJK Belia dan turut hadir Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan iaitu Encik Harun Ismail. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan program program untuk belia dan juga melantik AJK tambahan. Pengerusi Belia baru (Azman Wahab) telah mempengerusikan mesyuarat ini dan ini adalah mesyuarat yang pertama setelah dilantik menjadi Pengerusi Belia 4B Kampung Bukit Wan. Dalam mesyuarat ini AJK telah mencadangkan beberapa program dan rangcangan untuk golongan belia. Untuk program yang terdekat ini, ahli AJK telah memutuskan untuk diadakan satu sukan lasak iaitu "explore", pertandingan memancing dan program bersama pemimpin (bakar ayam). Sukan explore ini dijangka akan diadakan pada 18 Julai 2009 (sabtu - pagi) dan pertandingan memancing akan diadakan pada sebelah petangnya. Manakala Majlis Bersama Pemimpin akan diadakan pada 19 Julai 2009 (Ahad - malam). Pada malam itu diadakan acara "bakar ayam" sambil menyaksikan klip video program "explore" dan pertandingan memancing yang dijalankan sehari sebelum itu. Pada malam itu juga akan diadakan majlis penyampaian hadiah bagi semua acara tersebut. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama JKKK dan KRT. Pada mesyuarat ini juga, Pengerusi JKKK turut berucap dan mengucapkan tahniah diatas perlantikan pengerusi belia yang baru serta mengharapkan agar pertubuhan belia ini akan terus aktif dengan programnya.
(Wahab dan Azman)
Tengah rancak meeting ni...
Tengah cari formula untuk program Belia....
Tengok lah macam mana kita meeting......(video)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan