25 Jun 2009

PERSIDANGAN AGONG TAHUNAN UMNO CAWANGAN BUKIT WAN KALI KE 21 2009

Pada malam 24 Jun 2009 yang lalu telah berlangsung satu Persidangan Agong Tahunan Umno Cawangan Kampung Bukit Wan. Persidangan ini bermula pada jam 9.30 malam dan ianya diadakan dibangunan KRT Kampung Bukit Wan. Kehadiran penduduk kampung amat menggalakkan dan golongan belia juga ramai yang turut hadir. Tetamu jemputan ramai juga yang hadir antaranya Cikgu Lan (Setiausaha Umno Setiu), Puan Wan Maznah Wan Nong (Ketua Wanita Umno Setiu) serta AJK Bahagian. Persidangan kali ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Tetap iaitu Abd Wahab Ali (hulkali) dan ianya telah berjalan dengan lancar. Dipermulaan persidangan ini, Tuan Iman Masjid Bukit Wan (Hj Abdullah bin Chik) telah memimpin bacaan doa dan disusuli dengan ucapan Ketua Cawangan (En Harun Ismail). Cikgu Lan selaku wakil bahagian telah menyampaikan banyak matlumat terkini tentang parti dan perkembangan politik semasa tanahair. Dalam persidangan kali ini, banyak usul usul telah diutarakan oleh ahli ahli. Diantaranya agar dibina pagar masjid, YB diminta turun padang dari masa ke semasa, banyakkan program yang berunsurkan keagamaan, pemimpin tidak mesra rakyat, tunaikan segala janji janji yang telah dijanjikan, cari jalan selesaikan masalah masalah yang berbangkit, sediakan tong sampah dan yang paling hangat adalah tentang tanah lot perumahan yang sekian lama tidak dapat diselesaikan oleh pihak atasan. Tentang lot tanah ini, banyak sekali persoalan persoalan telah ditimbulkan. Antaranya, bilakah ia akan selesai, lot tanah ini bakal menjadi milik siapa dan apakah punca yang menyebabkan ianya bergitu sukar untuk selesaikan. Dalam persidangan ini juga ahli ahli telah memilih wakil wakil untuk kepersidangan bahagian yang akan datang. Ucapan penangguhan telah disampaikan oleh Puan Wan Maznah (Kak Wan) selaku Ketua Wanita Bahagian. Kak Wan berucap dengan panjang lebar dan juga turut menjawab beberapa usul usul yang dibangkit oleh ahli. Persidangan ini telah berakhir pada jam 11.20 malam dan sedikit minum malam telah disediakan.
Sesi daftar kehadiran.... Yang datang awal...Pok Da Musa dan Stopa Barisan hadapan...En Harun, Cikgu Lan, Kak Wan dan AJK bahagian Ketua Pemuda (En Ambak)...serius mendengar ucapan wakil bahagian. Antara ahli ahli yang hadir.... Tok Bilal (Pok Ngah) turut menbangkit isu tanah lot.
Mendengar dengan penuh minat...Ayah Cik (baju hitam)

Video...suasana persidangan berlangsung.....

Video... Usul dari Pemuda....(1)

Video...Usul dari Pemuda...(2)

Video...Usul dari Pemuda (3)

Video...Isu tanah dari Pak Ngah

Tiada ulasan: