Bumbung utama Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh pagi tadi menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada struktur bumbungnya di bahagian pentas utama musnah sama sekali.Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu.Stadium yang boleh menampung kira-kira 60,000 penonton itu pernah digunakan buat kali pertama semasa Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu pada 2008 dan pernah digunakan untuk perasmian beberapa acara sukan yang lain.



Foto 11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan