05 Jun 2009

"TEAM FUTSAL BAKAR AYAM"

Manager Futsal Team Kit Wan 2009..
(Mat Haire)
Tahniah diucapkan kepada Team Futsal Kampung Bukit Wan kerana telah menyertai satu pertandingan yang berprestis tinggi yang telah dianjurkan oleh I-Metro yang telah berlangsung di Gong Badak pada 30 Mei 2009 yang lalu. Team Bukit Wan hanya layak ke pusingan kedua kerana telah tewas dengan Team Telemong. Bagi menghargai para pemain, pengurus Team Futsal Bukit Wan (Mat Hairi) telah mengadakan satu program "BAKAR AYAM" dirumah En Rahim Muda pada malam 4 Jun 2009 yang bermula jam 10.00 malam. Kesemua para pemain telah hadir dan bersama sama membakar ayam. Selain dari itu tuan rumah (Rahim) juga ada menyediakan lain lain menu yang cukup istimewa.
"SELAMAT TERUS BERFUTSAL LAGI SELEPAS INI"
Group Futsal sedang bakar ayam....(gambar gelap..malam kan..) Sebahagian dari menu yang disediakan.... Pemain dan penyokong futsal Kit Wan....rilex je.... Antara pleyer Team Futsal Kit Wan yang verstail

Tiada ulasan: