05 Jun 2009

MAJLIS PENYERAHAN BORANG BAKTI REMAJA KAMPUNG BUKIT WAN 2009

Pada malam 4 Jun 2009 satu majlis Penyerahan Borang Bakti Remaja telah di adakan di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan. Majlis ini bermula pada jam 9.30 malam selepas Majlis Bacaan Yassin,Tahlil dan Doa Selamat selesai diadakan. Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pemuda Umno Batu Rakit (En Azhar) dan barisan kepimpinan dalam dun Batu Rakit. Majlis ini diadakan bagi menyerahkan borang dana untuk remaja yang berumur 21 tahun keatas yang belum kahwin. Majlis ini telah dihadiri lebih 80 orang remaja dalam kampung Bukit Wan. Dalam majlis ini En Azhar telah memberi sedikit ucapan dan memaklumkan kepada para belia tentang senario politik masa kini. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Saudara Ambak Ismail (Ketua Pemuda Bukit Wan). Majlis ini berakhir pada jam 11.00 malam.
SAKSIKAN KOLEKSI FOTO YANG SEMPAT DIRAKAM.
Barisan Kepimpinan yang hadir....
Sama samalah kita
"MENRAKYATKAN PEMBANGUNAN"
En Ambak dan Badri...orang penting dalam Pemuda. Tiada Halangan Hanyalah Peluang Sebahagian belia yang hadir....
Penuh penghayatan.... para belia dan beliawanis sedang mendengar ucapan
Antara generasi pelapis kampung Bukit Wan....
Isi borang pun neru ugak....
Ayah Cik....isi borang jugak ke?
Beratur...untuk dapatkan borang
Belia dan ayah belia sedang sibuk isi borang.
Macam daftar nak masuk U....
Antara yang hadir ....En Rahim Muda
Isi borang molek molek...
Ini mesti ada yang tak faham ni...Badri dan Kepen.
Semua ok...beres........
Isyarat ok .....dari beliawanis.
Mat Rashid dan Aziz...semuanya angkat ibu jari. Bereslah tu...
Wajah wajah ceria....dari kiri...Mie,Mat Napi dan Khairul

Saksikan....video ini

Juga video ini

Tiada ulasan: