05 Julai 2009

MESYUARAT INDUK "PROGRAM SUKAN"

Pada 4 Julai 2009 bertempat Bangunan KRT Kampung Bukit Wan telah diadakan satu mesyuarat induk "Program Sukan"untuk penduduk kampung. Mesyuarat ini bermula pada jam 9.30 malam yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi Belia 4B Kampung Bukit Wan iaitu En Azman Wahab. Turut hadir pada mesyuarat ini ialah Ketua Pemuda, AJK KRT dan AJK Belia. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan keperluan dan atucara program yang bakal diadakan nanti. Pada mesyuarat ini, beberapa program telah diputuskan untuk diadakan diantaranya "Cabaran Explore Musim Ke - 2", Pertandingan Memancing, Bola Sepak "Futsal", Bola Jaring dan BBQ. Program ini bermula pada 12 Julai 2009 dimana pertandingan futsal 7 sebelah akan diadakan khas untuk remaja dan para belia. Pada 17 Julai 2009 pula akan diadakan pertandingan bola jaring akan dilangsung disebelah pagi. Sementara di sebelah petang dijangka akan dilangsungkan perlawanan separuh akhir bola sepak piala YB Ustaz Khazan diantara Kampung Bukit Wan melawan Bukit Cempaka. Cabaran Explore akan dijalankan pada pagi sabtu (18 Julai 2009) yang akan bermula di Bangunan KRT. Hadiah cukup menarik dan semua ahli belia dan warga Kampung Bukit Wan dijemput untuk menyertaikan program ini. Disebelah petangnya pula akan diadakan pertandingan memancing di Jambatan Kempas. Program memancing ini dijangka bermula pada jam 4.45 petang dan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Pada malam 19 Julai 2009 akan diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan serentak itu juga diadakan program "Bakar Ikan". Kemungkinan pada malam itu ramai tetamu VIP akan hadir diantaranya YB Khazan, Pegawai dari Jabatan Belia serta Pegawai dari Rukun Tetangga. Program ini telah dirangcang oleh Belia 4B dengan kerjasama KRT dan pengurusan JKKK. Program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan siraturahim dikalangan penduduk setempat khasnya golongan remaja dan belia. Mesyuarat ini berakhir pada jam 11.30 malam.
Ketua Pemuda (Ambak) dan Pengerusi Belia (Azman)...
Perancang Utama Program. En Marzuki dan En Badri...idea anda amat dihargai.
Ahli mesyuarat...Belia dan Beliwanis
Tekun mendengar hujah dari pengerusi....
Antara ahli belia yang hadir mesyuarat...
Duduk semeja...Mencari satu keputusan yang saksama.

Tiada ulasan: