17 Julai 2009

TAHNIAH BUAT TEAM BOLA SEPAK BUKIT WAN

Pada 17 Julai 2009 telah berlangsung satu perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir Piala YB Ustaz Khazan (ADUN Batu Rakit) diantara Team Bukit Wan melawan Team Bukit Cempaka. Perlawanan ini telah berlangsung dipadang bola Batu Rakit. Kedatangan para penonton yang bergitu ramai telah merancakan lagi perlawanan ini. Perlawanan ini bermula pada pukul 5.30 petang, Team Bukit wan telah memulakan sepak mula. Kedua dua pasukan saling serang menyerang dan diminit yang ke 30 Team Bukit Wan telah berjaya menjaringkan satu gol hasil sepakan Fendi (Kepen). Keputusan ini kekal hingga tamat separuh masa pertama. Pada permulaan masa kedua Team Bukit Cempaka telah melancarkan serangan demi serangan namun ia telah dipatahkan oleh pemain pertahanan Bukit Wan. Dalam minit yang ke 60, Team Bukit Wan telah berjaya menjaringkan satu lagi gol. Gol ini terhasil dari gerakan solo Mat Chan yang berjaya menewaskan dua pertahanan lawan. Namun dalam pada itu Team Bukit Cempaka tidak berputus asa dan terus melancarkan serang demi serangan. Pada minit yang ke 74 Team Bukit Cempaka telah mendapat satu tendangkan penalti dan berjaya menjaringkan gol. Keadaan ini telah membangkitkan semangat Team Bukit Cempaka dan tidak lama selepas itu satu lagi gol telah dihasilkan. Kedudukan 2 - 2 ini kekal hingga ketamat permainanan. Untuk mencari pasukan mana yang layak ke perlawanan akhir, sepakan penalti terpaksa diadakan. Hasil dari sepakan penalti itu Team Bukit Wan telah berjaya menjaring 4 gol dari lima sepakan. Dan Team Bukit Cempaka telah menjaringkan 3 gol. Keputusan penuh Team Bukit Wan 6 dan Bukit Cempaka 5 gol. Ketangkasan penjaga gol Bukit Wan (Sabri Muda) harus lah dipuji kerana berjaya menyelamatkan 2 sepakan penalti. Dengan kemenangan ini, Team Bukit Wan telah layak ke perlawanan akhir yang dijangka diadakan pada 24 Julai 2009 ini. Sekali lagi diucapkan tahniah buat semua pemain dan pengurus Team Bukit Wan diatas kejayaan ini.
Team Bola Sepak Bukit Wan (Pemain dan Pengurus) Sebelum main kena panas enjin dulu....
Betul betul urat sikit...
Pak Arum (pemain lama) dan Ambak...
mungkin ada sesuatu yang diperkatakan
Melangkah masuk padang dengan penuh pengharapan
Pengurus pasukan (Pok Ki).... sedang bagi air kepada pemain
Antara sebahagian penyokong setia Team Bukit Wan
Kapten Bukit Wan (Pian) bersama Firdaus serta Ambak...sempat jugak bergambar.
Pok Ki, Ambak, Zahari dan Pok Long Wei....
orang penting disebalik kejayaan Team Bukit Wan.
Berbincang sesama pemain untuk mengatur strategi...
Rehat separuh masa pertama...minum dulu
Pengerusi Jkkk Bukit Wan (En Harun) turut hadir untuk
memberi moral kepada pemain....
Sabri...penjaga gol Bukit Wan yang versetal.
(Mungkin pemain terbaik perlawanan)
Sepatah dua kata dari Pengerusi Jkkk kepada pemain.
Kepen dan Pok Ki...sempat bergambar lagi....
Sebahagian Penyokong Team Bukit Wan...ada sokmo puak ni.
Pengurus Team Futsal Bukit Wan
(Mat Haire - baju hitam)
turut hadir untuk memberi sokongan
En Badri...sentiasa sibuk sepanjang perlawanan berlangsung.
Antara penyokong yang mengharapkan kemenangan.
Pengerusi Belia 4B Bukit Wan (Azman) dan keluarga pun turut hadir.
Pian, Firdaus dan Kepen....rehat diseparuh masa pertama.
Usaha perlu dipertingkatkan lagi
En Ambak..banyak mengucar kacilkan pasukan lawan.
Tamat berlawanan....tukar pakaian dalam senyuman
(Menang dah kan)

Video Team Kit Wan

Tiada ulasan: