Kawasan
Perkelahan Panchur Sebatu adalah merupakan satu tempat perkelahan yang
tidak asing lagi dalam kawasan Batu Rakit khasnya bagi penduduk Kampung
Bukit Wan dan kawasan sekitarnya. Kawasan ini sebenarnya telah lama
wujud dan telah menjadi kawasan perkelahan khasnya pada hari cuti hujung
minggu dan kelepasan am bagi penduduk Kampung Bukit Wan. Namun hingga
kini ia masih lagi kurang popular dan masih ramai yang tidak tahu
tentang kewujudan tempat ini. Kawsan perkelahan ini terletak di Bukit
Terap dan ia bersempadan dengan Kampung Bukit Nenasi. Kawasan ini
mempunyai banyak aliran air dari celah celah batu secara semulajadi yang
menyejukkan dan menyegarkan. Disekelilingnya pula terdapat banyak
tumbuh tumbuhan yang menghijau yang menyejukkan suasana serta terdapat
banyak flora dan faunanya yang masih belum terusik. Selain dari itu
terdapat banyak batu batu besar dan batu batu kecil disepanjangan
kawasan perkelahan ini. Untuk pergi ke Panchur Sebatu ini kita boleh
pergi melalui jalan di Kampung Bukit Wan iaitu di Simpang Kempas yang
jaraknya lebih kurang 1 km sahaja dari jalan utama. Untuk pergi ke
tempat tersebut, kita hanya boleh menggunakan motosikal dan kereta
sahaja. Ini kerana jalannya yang masih sempit dan sedikit berbukit serta
jalannya masih belum bertar. Keadaan ini telah menyukarkan pengunjung
khasnya yang membawa kereta apabila bertembung di pertengahan jalan.
Keadaan ini telah memberi banyak masalah dan ia mungkin merupakan faktor
utama kedatangan pengunjung. Oleh kerana tempat ini masih baru untuk
dikomersilkan, maka terdapat beberapa keperluan asas utama yang masih
belum ada seperti tandas, bilik persalinan, surau dan sebagainya. Dan
kini kedatangan pengunjung semakin meningkat , maka kini segala
keperluan asas amatlah perlu untuk kemudahan dan keselesaan orang ramai.
Semoga akan ada pihak tertentu yang akan ambil cakna tentang
permasalahan ini dan dapat mengatasinya sebaik mungkin demi
kesejahteraan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan