31 Julai 2009

PERKEMBANGAN DARI "PROGRAM BUMI HIJAU"

Susulan dari "Program Bumi Hijau" yang telah sempurna dirasmikan oleh YB Ustaz Khazan bin Che Mat (Adun Batu Rakit) pada 4 Jun 2009 yang lalu. Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Pejabat Pertanian Negeri Terengganu (Batu Rakit). Dari hasil tinjauan rambang pihak Jkkk, kini kebanyakan dibelakang belakang rumah penduduk kampung kita dapat melihat tanaman sayur sayuran yang menghijau dan segar segar. Keadaan ini jauh berbeza dari sebelumnya dan program yang seperti ini perlu diadakan dari masa kesemasa serta sentiasa ditambahbaikan agar ia lebih berkesan.
Sawi yang cukup segar... Tidak perlu beli sayur lagi...dah ada kat belakang rumah
Sayur juga perlu dijaga rapi....
Sawi kini hanya "dicoreng" atap rumah
Suasana dibelakang salah sebuah rumah....
Sayur yang segar, bersih dan bebas racun.
Sedang tuai hasil...tak payah beli lagi.
Hasil dari program "Bumi Hijau"...
Kobis pun turut ditaman dan hidup subur.
Deretan anak pokok terung...
Hasil dari kerja masa lapang...
Semoga bumi kita terus hijau menghijau

Tiada ulasan: