18 Julai 2009

PERTANDINGAN MEMANCING ANJURAN BELIA 4B KAMPUNG BUKIT WAN 2009

Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta semua Ahli Jawatankuasa Belia 4B Kampung Bukit Wan kerana telah mengadakan satu "pertandingan memancing" yang dianggap cukup berjaya dan telah mencapai sasarannya. Pertandingan ini telah diadakan pada petang Sabtu 18 Julai 2009 yang bertempat di Jambatan Kempas. Program ini bermula pada jam 5.20 petang dan memdapat sambutan yang amat menggalakkan dari pendudukan setempat. Hampir 90% penduduk Kampung Bukit Wan telah datang menyaksikan dan menyertai pertandingan ini dan penyertaan dari golongan belia terus mendapat sambutan yang menggalakkan dan diluar jangkaan. Program memancing kali ini telah dianjurkan oleh Persatuan Belia 4B Kampung Bukit Wan dibawah pengerusinya yang baru iaitu En Azman Wahab. Ternyata dibawah pengerusi belia yang baru ini, kita dapat melihat satu perubahan telah berlaku dikalangan ahli belia kampung terhadap program belia. Pertandingan kali telah dibahagikan kepada 3 katogeri iaitu lelaki dewasa, wanita dewasa dan kanak kanak bawah 12 tahun. Pihak penganjur telah menyediakan bergitu banyak hadiah untuk pengunjung dan juga peserta pertandingan. Setiap katogeri disediakan 10 hadiah dan pihak penganjur juga telah menyediakan sebanyak 30 hadiah untuk cabutan bertuah. Dan pada program ini juga, pihak penganjur telah menambah satu lagi acara iaitu "Soalan Kuiz". Program soalan kuiz ini adalah yang pertama kali diadakan dan nyata ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua peserta dan juga pengunjung. Untuk soalan kuiz ini, pihak penganjur telah menyediakan sebanyak 10 hadiah yang cukup menarik. Soalan soalan kuiz ini hanya berkisar tentang "Kampung Bukit Wan" sahaja. Dengan soalan soalan yang dikemukakan, maka secara tidak langsung para peserta dan pengunjung akan dapat info dan matlumat baru tentang kampung yang mungkin selama ini tidak diketahuinya. Program ini juga turut dihadiri oleh Ketua Polis Balai Batu Rakit dan juga pemimpin masyarakat setempat. Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan bekerjasama dalam satu kumpulan serta menambahkan nilai nilai murni pada setiap golongan masyarakat. Diharapkan program program seperti ini akan dapat terus diadakan dari masa kesemasa dengan menambahbaikkan pada program tersebut agar ia terus mendapat sambutan dari semua masyarakat.
"SEMOGA BELIA 4B KAMPUNG BUKIT WAN AKAN TERUS AKTIF DAN AKTIF DEMI ANAK ANAK BELIA KAMPUNG"
Poster promosi... Promosi digandakan....poster ke - 2 Kempas....berlangsungnya pertandingan memancing. Sebahagian para peserta yang sedang memancing Watak watak penting yang mengerakkan program Pengerusi Belia (En Azman) sedang menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Balai Batu Rakit (Pok Lah). Gerai jualan turut disediakan kepada pengunjung... Antara perancang dan pengerak program (AJK Belia)
Tok Bilai pun turut memancing (Pok Hab Teh)
En Ambak...sentiasa ada pada setiap program Belia.
(Thank You Bos)
Sujiha dan Mek Nor...antara ajk belia yang aktif dan bersemangat.
Teruskan sokongan anda pada belia.
Tetamu VIP (Pok Loh)...sedang menyampaikan hadiah kepada
pemenang cabutan bertuah...Faiz.
Proses cabutan bertuah yang tulus dan adil.
Shamri sedang menerima hadiah dari tetamu VIP... (Datuk)
Sebahagian dari penonton yang turut mewarnai program
Tuan Iman (Ayah Cik) turut membuat 5 cabutan bertuah....
Antara gaya dan aksi kaki pancing....
Sebahagian dari hadiah yang disediakan oleh penganjur.
Sebanyak 70 hadiah disediakan...banyak dah tu....
En Ambak sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang
cabutan bertuah...Afikah.
Aziz yang berbangga bersama hasil dari pancingnya...ikan keli
(hanya sekadar mandapat hadiah saguhati)
Cik Roslan turut berbangga dengan hasil dari pancingnya....
ikan paling kecil (ikan seluan). Ok dah tu...
Mok Long Mek Tok...antara warga emas yang mendapat hadiah.
(Cabutan bertuah)
Pemancing yang kental (Mat Rozi) turut mendapat hadiah dari
Pengerusi Jkkk Bukit Wan (En Harun Ismail)
S/U Belia (Zila) turut mendapat hadiah dari cabutan bertuah....
Hadiah yang disampai oleh Cik Esah (Ketua Wanita)
En Azman...sedang menyampaikan hadiah.
Semoga selepas ini akan terus mencari idea baru untuk
merangka program baru untuk belia.
Pengacara program (Cikgu Aziz)... dapat melaksanakan tugasnya
dengan bergitu rilex dan santai...Terima kasih cikgu.
S/U belia (Zila) turut ditugaskan untuk menyampaikan hadiah.
Thank You puan......
Puan Maimum...Johan katogeri wanita sedang menerima hadiah.
En Rosli sedang menerima hadiah dari Pengerusi Jkkk Bukit Wan
Aziz..antara ahli belia yang menyertai pertandingan yang
mendapat hadiah.
Mat Chan... pun turut bertuah mendapat hadiah.
You memang bertuah
Puan Maimun bersama joran dan hadiah yang dimenanginya.
Tahniah puan...semoga akan terus aktif dalam semua program.

Tiada ulasan: