Perlawanan akhir bola sepak piala YB Khazan antara Team Bukit Wan melawan Team Wakaf Catur (Maras) telah berlangsung pada 24 Julai 2009 dan dijalankan di Padang Bola Batu Rakit. Kehadiran para penonton yang cukup ramai berbanding perlawanan yang sebelumnya. Perlawanan ini dimulakan pada jam 5.25 petang yang turut disaksikan oleh Ahli Parlimen Setiu iaitu Datuk Mohamad Jidin dan YB Ustaz Khazan (Adun Batu Rakit) serta Ketua ketua kampung dalam Dun Batu Rakit. Perlawanan yang bermula dengan gerakan yang agak perlahan dimana kedua pasukan bermain dengan lebih berhati hati. Namun dalam keadaan itu pasukan Wakaf Catur telah berjaya menjaringkan gol dalam minit yang ke 24 separuh masa pertama. Namun tidak lama selepas itu Team Bukit Wan telah berjaya menjaringkan gol hasil tendangan jarak jauh "Tochan" yang terkena pemain lawan lalu terus menerjah jaring. Kedudukan ini juga tidak bertahan lama dimana Team Wakaf Catur telah berjaya menjaringkan gol kedua dari hasil lambungan bola kedalam kotak penalti dan telah berjaya ditanduk oleh pemain lawan lalu menerjah jaring. Kedudukan 2 - 1 ini kekal hingga tamat separuh masa pertama. Bermula separuh masa kedua perlawanan semakin rancak yang mana saling serang menyerang. Pada minit ke 12 separuh masa ke dua berlangsung, Team Wakaf Catur telah berjaya menjaring satu lagi gol hasil dari larian solo dari tengah padang. Pada masa perlawanan masih berbaki 15 minit untuk tamat, Team Bukit Wan telah dihadiahkan satu tendangan penalti setelah pemain penyerang "Kepen" telah dijatuhkan oleh penjaga lawan. Sepakan ini telah disempurnakan dengan baik oleh "Mat Chan" dan keputusan 3 - 2 ini kekal hingga ketamat perlawanan. Pada majlis pembahagian hadiah, "Mat Chan telah diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan dan dihadiahkan sebuah medal. Namun tahniah diucapkan kepada semua pemain dan pengurusan bola Team Bukit Wan kerana telah berjaya melangkah keperlawanan akhir walaupun sekadar naib johan. Turut menjadi perhatian ialah penyokong penyokong Team Bukit Wan yang telah bersatu hati memakai baju serba merah sebagai tanda sokongan. Terima kasih kepada semua penyokong yang telah memberi sokongan padu pada Team Bukit Wan. Situasi yang seperti ini perlulah dikekalkan dalam masyarakat dikampung kita dan akan terus bersatu hati dalam apa jua keadaan.
"TAHNIAH BUAT BUKIT WAN FC"
Macam biasa...panas enjin dulu
Main golek golek bola dulu...
Berehat sambil berbincang....
Foto kenangan kedua Team sebelum bermain.
Piala pusingan dan piala kejohanan serta medal untuk yang menang
(Mok Teh Ani)
Zuhaimi dan Lee...antara belia yang hadir memberi sokongan.
Sebahagian dari penyokong Team Bukit Wan.
(Merah sangat lah Mak Ngah)
Yang baju merah...orang kita.
En Badri...tekun memerhatikan gerak pemain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan