Satu Majlis Berbuka Puasa telah diadakan di Masjid Kampung Bukit Wan pada petang Sabtu 29 Ogos 2009 yang baru lalu. Majlis yang seperti ini adalah aktiviti tahunan dan telah menjadi satu tradisi bagi masyarakat setempat apabila menjelangnya bulan Ramadhan. Pada majlis kali ini seekor kerbau telah ditumbangkan untuk dijadikan sebahagian dari lauk yang akan dihidangkan semasa majlis berbuka puasa nanti. Bagi menguruskan kerja kerja ini, penduduk kampung telah keluar beramai ramai menjalankan aktiviti gotong royong melampah daging dan membahagikan daging daging tersebut mengikut kadar tempahan dari setiap individu yang berminat menjalankan kerja amal ini. Kerja masak memasak dijalankan dirumah masing masing dan lauk lauk tersebut akan dihantar ke masjid selepas solat Asar. Kita dapat melihat bermacam aneka jenis lauk dan bermacam resepi telah disediakan mengikut selera "tukang masak" itu sendiri. Pada majlis kali ini seperti biasa pihak pengurusan masjid telah menjemput semua penduduk dan penduduk dari kampung yang berhampiran untuk sama sama berbuka puasa di Masjid Kampung Bukit Wan. Pada majlis kali ini ia turut dihadiri oleh YB Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit). YB Khazan juga telah bersama sama solat Maghrib dan Isyak seterusnya bersolat Terawih bersama penduduk kampung. Semoga majlis berbuka puasa yang seperti ini akan diperhebatkan lagi dengan menambah aktiviti sampingan seperti bacaan Al - Quran oleh kanak kanak yang berbakat dan sebagainya selepas solat Asar (cadangan). Majlis berbuka puasa ini juga secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim masyarakat setempat dan juga tetamu jemputan yang hadir.
melampah daging yang diadakan diperkarangan
dijalankan untuk diagihkan kepada penduduk
semua tertumpu kesatu arah...ada yang lucu ni.
memudahkan kerja kerja pembahagian...
(Mansor Ani dan Rahim...tukang timbang)
kanak. Ia satu pendekatan yang baik untuk
generasi akan datang.
antara yang datang awal bergotong royong.
Sebahagian daging yang telah siap dibungkus...
Kerja kerja membahagi daging sedang berjalan
dengan memanggil nama dan jumlah tempahan.
Lauk lauk yang tersedia untuk dihidang tersusun rapi
untuk tetamu dan para jemputan.
Beraneka jenis lauk dengan rasa yang berbeza
mengikut selera tukang masak...sedap sedap belaka.
Penduduk kampung dan para jemputan sedang
mengambil tempat mengikut kesesuaian
masing masing.
Dah masuk waktu berbuka...selamat berbuka dan
selamat menjamu selera.
Antara video yang sempat dirakam...tengok tengok lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan