29 Ogos 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DIKAMPUNG BUKIT WAN

Satu Majlis Berbuka Puasa telah diadakan di Masjid Kampung Bukit Wan pada petang Sabtu 29 Ogos 2009 yang baru lalu. Majlis yang seperti ini adalah aktiviti tahunan dan telah menjadi satu tradisi bagi masyarakat setempat apabila menjelangnya bulan Ramadhan. Pada majlis kali ini seekor kerbau telah ditumbangkan untuk dijadikan sebahagian dari lauk yang akan dihidangkan semasa majlis berbuka puasa nanti. Bagi menguruskan kerja kerja ini, penduduk kampung telah keluar beramai ramai menjalankan aktiviti gotong royong melampah daging dan membahagikan daging daging tersebut mengikut kadar tempahan dari setiap individu yang berminat menjalankan kerja amal ini. Kerja masak memasak dijalankan dirumah masing masing dan lauk lauk tersebut akan dihantar ke masjid selepas solat Asar. Kita dapat melihat bermacam aneka jenis lauk dan bermacam resepi telah disediakan mengikut selera "tukang masak" itu sendiri. Pada majlis kali ini seperti biasa pihak pengurusan masjid telah menjemput semua penduduk dan penduduk dari kampung yang berhampiran untuk sama sama berbuka puasa di Masjid Kampung Bukit Wan. Pada majlis kali ini ia turut dihadiri oleh YB Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit). YB Khazan juga telah bersama sama solat Maghrib dan Isyak seterusnya bersolat Terawih bersama penduduk kampung. Semoga majlis berbuka puasa yang seperti ini akan diperhebatkan lagi dengan menambah aktiviti sampingan seperti bacaan Al - Quran oleh kanak kanak yang berbakat dan sebagainya selepas solat Asar (cadangan). Majlis berbuka puasa ini juga secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim masyarakat setempat dan juga tetamu jemputan yang hadir.
Antara sebahagian yang hadir pada program
melampah daging yang diadakan diperkarangan
masjid Kerja kerja membungkus daging sedang giat
dijalankan untuk diagihkan kepada penduduk
kampung mengikut tempahan masing masingMungkin ada sesuatu yang menarik sehingga
semua tertumpu kesatu arah...ada yang lucu ni.
Daging yang disusun berbaris baris untuk
memudahkan kerja kerja pembahagian...
Untuk pastikan sama banyak...kita timbang dulu
(Mansor Ani dan Rahim...tukang timbang)
Gotong royong ini juga turut dihadiri oleh kanak
kanak. Ia satu pendekatan yang baik untuk
generasi akan datang.
Rilex sekejap bos....(Pok Su It dan Pok Lah)
antara yang datang awal bergotong royong.
Sebahagian daging yang telah siap dibungkus... Kerja kerja membahagi daging sedang berjalan dengan memanggil nama dan jumlah tempahan. Lauk lauk yang tersedia untuk dihidang tersusun rapi untuk tetamu dan para jemputan. Beraneka jenis lauk dengan rasa yang berbeza mengikut selera tukang masak...sedap sedap belaka. Penduduk kampung dan para jemputan sedang mengambil tempat mengikut kesesuaian masing masing. Dah masuk waktu berbuka...selamat berbuka dan selamat menjamu selera.

Antara video yang sempat dirakam...tengok tengok lah.

21 Ogos 2009

TEAM BOLA JARING BUKIT WAN TERUS AKTIF

Pada 15 Ogos 2009 yang baru lalu,Team bola jaring Kampung Bukit Wan telah menyertai satu pertandingan bola jaring 3 sebelah sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Dataran Pantai Batu Buruk. Team Bukit Wan telah menghantar 3 pasukan yang diberi nama Manis,Hanis dan Yunis. Team bola jaring Kampung Bukit Wan telah memberi tentangan yang hebat pada pasukan lawan dan cukup disegani.
Antara barisan pemain Team Bukit Wan. Dari kanan...Noli, Senin
Mek Ja, Yati dan Kak Lah. Team Bukit Wan sedang berentap di padang. Miah...antara pemain team Bukit Wan yang versetai.
Untuk menang... perlu ada kerjasama dan semangat
kerja berpasukan...

17 Ogos 2009

AKTIVITI BELIA 4B KAMPUNG BUKIT WAN "BELIA CAKNA MASYARAKAT"

Pada 14 Ogos 2009 yang baru lalu, Pertubuhan Belia 4B Kampung Bukit Wan telah menjalankan satu "kerja amal" hasil dari cetusan idea ahli ahli belia. Program ini dinamakan "BELIA CAKNA MASYARAKAT". Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukannya bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan Al - Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi. Pertubuhan Belia ini telah pun mengenal pasti golongan yang memerlukan dan seramai 10 orang yang terdiri dari kalangan warga emas yang uzur, orang kurang upaya dan ibu tunggal yang bermasalah. Sumbangan yang diberikan adalah keperluan harian seperti beras,gula,minyak masak,biskut,milo dan tepung gandum. Segala perbelanjaannya adalah dari tabung belia itu sendiri. Untuk mengagihkan bantuan itu, ahli ahli belia telah "turun padang" dan mengziarahi dari rumah kerumah yang telah dikenal pasti dan terus menyampaikan sumbangan. Kehadiran ahli ahli belia telah disambut dengan gembira dan ada diantaranya telah menitiskan air mata tanda kesyukuran. Dalam pada itu ada diantaranya telah meluahkan perasaan dan menceritakan permasalahannya. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan kepada yang berkenaan bagi meringankan beban untuk menyanbut kedatangan bulan puasa dan mengeratkan lagi hubungan siraturahim. Program ini mungkin akan menjadi acara tahunan Pertubuhan Belia.
BELIA AKAN TERUS CAKNA MASYARAKAT
Sebahagian dari ajk belia bersama barangan sumbangan. Rombongan Belia mula bergerak menuju destinasi.
Semuanya bersemangat.... itu yang kita mahu tengok.

Pengerusi Belia (Azman)... sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga tua...Terima kasih Belia. Azman dan Fikri...tekun mendengar rintihan warga emas. Wari...orang kuat dalam Belia...2 bungkus sekali...relix je...

Bergambar kenangan bersama penerima sumbangan..Mok Ngah Tom. Seorang ibu tunggal sedang menerima sumbangan. Semoga Belia terus buat kerja amal lagi selepas ini. Pengerusi (Baju Merah) Azman, Tim Pengerusi (Hulkali), Fikri (Ajk) dan Wari (Ajk)....bergitu serius mendengar luahan hati dari Pok Long Awang.
Ajk Belia kita...bergitu gembira dan bersemangat
menjalankan kerja amal seperti ini...Dari kanan...
Nor Pok Su Aji,Sidah Ani Kedai, Pe'jan Che Rahimah,
Yah Jamilah (penerimasumbangan) dan Ayu Timah
...Terima kasih belaka.
Rombongan belia bersama seorang ibu tunggal yang
menerima sumbangan...
Ahli belia sempat lagi bergambar bersama 2 penerima sumbangan.
Tim Pengerusi Belia (Hulkali) sedang memberi sedikit
penerangan dan matlumat tentang Belia.
Ahli belia sedang mendengar permasalahan yang
dibangkitkan oleh Cik Arun.
Salah satu destinasi program "Belia Cakna Masyarakat"
yang sempat dirakam.Dengan cara bergini kita dapat
menyelesaikanmasalah dan mengenal pasti permasalahannya.

GOTONG ROYONG SAMBUT RAMADAN

Pada pagi Jumaat 14 Ogos 2009 telah diadakan satu program gotong royong di Kampung BUkit Wan. Gotong royong ini diadakan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan Al - Mubarak yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kawasan gotong royong pada program kali ini hanya dikhaskan di sekitar masjid dan tanah perkuburan. Kehadiran masyarakat setempat amat memuaskan dan ia terdiri dari semua lapisan masyarakat. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Sedikit makan minum turut disediakan kepada peserta program.
Antara peserta junior yang turut ambil bahagian... Pok Su Aji...antara yang paling sibuk membersih kawasan dan memantau kawasan sekitar program. Pok Man...sedang membersih kawasan perkuburan.

11 Ogos 2009

INFO SELURUH DUNIA

DENGAR RADIO ONLINE

TENGOK TV SELURUH DUNIA


BELAJAR MAIN PIANO


IKLAN JAWATAN KOSONG

Kepada yang berminat untuk menyertai sebahagian daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia boleh mencuba memohon menggunakan sistem pengurusan pengambilan atas talian untuk mengisi beberapa jawatan kosong yang terkini ditawarkan kepada pemohon. Antaranya :
Senarai Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia setakat ini :
  1. Atendan Kesihatan Gred U3
  2. Pekerja Awam Khas (Otokleb) Gred R3
  3. Pekerja Awam Khas (Pemandu Motobot) Gred R3
  4. Pemandu Kenderaan Gred R3
  5. Pekerja Awam Gred R1
  6. Pembantu Am Pejabat Gred N1
  7. Untuk Jawatan Kosong diatas, sila layari laman web dibawah.
     http://jobkkm.moh.gov.my/mohjob/recruitment.jsp

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Terengganu - Ogos 2012


CHAT ONLINE

BLOG MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

DALAM KENANGAN

BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

KOLEKSI POSTER POSTER PROGRAM KAMPUNG

BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

VIDEO AKTIVITI PENDUDUK KAMPUNG

BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT KAMPUNG BUKIT WAN

BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

PERSATUAN BADMINTON BUKIT WAN

BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

PERSATUAN BOLA SEPAK BUKIT WAN (BUKIT WAN FC)

BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI.

LAMAN FACEBOOK KAMPUNG

BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

LAMAN BLOG KAMPUNG

BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KAMPUNG BUKIT WAN

BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

TEMPAT PELANCUNGAN DI KAMPUNG BUKIT WAN

BLOG INI ,MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

SUMBER KEKAYAAN BARU DESA

BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

INDUSTRI KECIL SEDERHANA (IKS)

BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

PERLADANGAN DI KAMPUNG BUKIT WAN

BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

USAHA USAHA JKKK DALAM PENDIDIKAN

BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

BACA AL QURAN ONLINE

Listen to Quran

MAJLIS HARI HARI KEBESARAN ISLAM


Masyarakat di Kampung Bukit Wan  tidak pernah ketinggalan dalam menyambut Hari hari kebesaran dalam Islam.  Kebiasaannya diadakan majlis majlis tertentu dengan kehadiran masyarakat kampung dan juga turut diundang penceramah penceramah dan juga sebagai perasmian.  Antara majlis yang biasa diadakan ialah Majlis Sambutan Maulidur Rasul,  Majlis Hari Raya Aidilfitri, Majlis Hari Raya Korban, Majlis Bulan Al Asyura dan sebagainya. Majlis majlis tersebut itu kebiasanya dijalankan dimasjid dan juga disekitarnya. Terdapat juga tetamu tetamu yang diundang untuk memeriahkan sesuatu majlis atau program. 



 

PROGRAM PROGRAM DI MASJID


Masyarakat  kampung sentiasa melibatkan diri dengan program keagamaan kerana ia penting sebagai usaha membina pembangunan sahsiah pada setiap insan.  Pengisian dalam program keagamaan secara tidak langsung dapat membina pembangunan sahsiah yang sempurna.  Pihak JKKK Kampung Bukit Wan sentiasa peka dan mengambil berat dalam program keagamaan kepada semua penduduk kampung. Telah banyak program dan aktiviti telah dijalankan seperti ceramah agama, kuliah maghrib ,bacaan yassin,  pertandingan bacaan dalam sembahayang , pertandingan Azan , pertandingan bacaan Al Quran dan sebagainya.
 
Catatan
Pada  29 Oktober 2010 yang lalu, Kampung Bukit Wan telah diberi kepercayaan untuk mengadakan kuliah maghrid Perdana  peringkat Dun Batu Rakit yang telah disampaikan oleh penceramah dari Mesir iaitu Al-Shiekh Ahmad Isa al-Ma'sorowy .  Kehadiran jemaah mencapai hampir  500 orang.


 
 
MASA PROGRAM
AKTIVITI
PENCERAMAH
CATATAN
Petang Jumaat
Malam Sabtu
Tabligh dari rumah kerumah. Fikir Dan Amal
Tn Hj Ustaz Ngah bin Abd Rahman
Anak kampung (sukarela)
Malam Ahab
Bacaac dalam sembahayang
Tn Hj Ustaz Ngah bin Abd Rahman
YIT
Malam Isnin
Baca kitab & soal jawab
Tn Hj Ustaz Hassan
YIT
Malam selasa
Syarahan & Hadis
Tn Hj Ustaz Ngah Bin Abd Rahman
JHEAT
Malam Rabu
Syarahan / Soal Jawab Fardu Ain
Tn Hj Ustaz Zainal
JHEAT
Malam Khamis
Perbincangan AJK Masjid & Bacaan Al Quran
Pegawai Masjid & Ajk Masjid

Malam Jumaat
Bacaan Yassin
Semua Jemaah

KUMPULAN NASYID DAN MARHABAN

BLOG MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI

KELAB RAKAN FACEBOOK


Dengan kepesatan dunia tanpa sempadan dan maklumat dihujung jari serta teknologi perhubungan yang semakin canggih, pihak JKKK Bukit Wan telah menwujudkan Kelab Rakan Facebook Kampung Bukit Wan. Keahlian kelab ini adalah percuma dan terbuka kepada semua anak anak kampung walaupun dimana jua mereka berada. Sehingga kini terdapat seramai 107 orang telah mendaftar sebagai ahli.






TUJUAN PENUBUHAN


1.Mengeratkan hubungan silaturahim diantara anak anak kampung walaupun mereka berjauhan diantara satu sama lain.

2.Segala maklumat dan info terkini kampung dapat disebarkan dengan lebih cepat dan mudah.
3. Mempelbagaikan persatuan dan kelab kelab dalam kampung.


UMNO CAWANGAN BUKIT WAN



SENARAI AHLI JAWATANKUASA UMNO CAWANGAN BUKIT WAN 2012


KETUA
TN HJ CHEK HARUN BIN ISMAIL 

NAIB KETUA
HJ CHIK BIN MAMAT 

SETIAUSAHA
EN AMBAK BIN ISMAIL 

BENDAHARI
TN HJ WAHAB BIN ABD RAHMAN 

AHLI JAWATANKUASA
EN ZAHARI BIN NGAH
EN MADZUKI BIN ABD GHANI
EN CHE AZIZ BIN ABD RAHMAN 
EN ABD RAHIM BIN MUDA
EN NGAH BIN SAID
EN MOHD BIN ABDULLAH
EN STAFFA BIN ALI
EN MUSA BIN ISMAIL
HJH FARIDAH BT ABD GHANI
PN FATIMAH BT IBRAHIM
CIK ESAH BIN ABDULLAH
EN ROBIAH ABD GHANI