17 Ogos 2009

GOTONG ROYONG SAMBUT RAMADAN

Pada pagi Jumaat 14 Ogos 2009 telah diadakan satu program gotong royong di Kampung BUkit Wan. Gotong royong ini diadakan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan Al - Mubarak yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kawasan gotong royong pada program kali ini hanya dikhaskan di sekitar masjid dan tanah perkuburan. Kehadiran masyarakat setempat amat memuaskan dan ia terdiri dari semua lapisan masyarakat. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Sedikit makan minum turut disediakan kepada peserta program.
Antara peserta junior yang turut ambil bahagian... Pok Su Aji...antara yang paling sibuk membersih kawasan dan memantau kawasan sekitar program. Pok Man...sedang membersih kawasan perkuburan.

Tiada ulasan: