11 Ogos 2009

AKTIVITI JKKK

1)1) Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan.

2)2) Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi membentuk kampung yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan. 
3)
3)    Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.

4)    Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan.

5)    Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

6)    Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.

7)7)  Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bekerja, bermuafakat, persefahaman dan tolong-menolong di kalangan masyarakat. 
8)
8)8) Menggalakan penduduk kampung menjaga kebersihan  persekitaran dan kemudahan awam melalui penganjuran aktiviti aktiviti yang bersesuaian.

9)9) Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk
         kampung.
10)  Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan 
undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit.

11)   Memberikan sokongan untuk mendapat khidmat nasihat dari
        jabatan-jabatan berkaitan berhubung usaha untuk memajukan
        tanah kampung.

12)   Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan awam. 
 

Tiada ulasan: