11 Ogos 2009

PENGERUSI JKKK

Assalamu’alaikum dan Salam 1 Malaysia 
Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia Nya maka dapatlah  pihak Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan membangunkan satu laman blog rasmi Kampung Bukit Wan. Ternyata dari kepesatan arus teknologi maklumat dan dunia ICT, maka pihak JKKK turut sama seiring gunakannya demi kebaaikan bersama. Laman blog ini merupakan satu matlumat dan terkini serta ia adalah merupakan satu dokumen rasmi kampung. Didalam blog ini banyak tercatat maklumat hal hal kampung dan semua kependudukkannya. Untuk menyiapkan laman blog ini dengan maklumat yang terkini, banyak usaha telah dijalankan dan dengan kerja yang bersungguh sungguh telah dilakukan oleh semua pihak  dalam JKKK khasnya penulis blog (hulkali) dan juga penduduk kampung demi satu matlamat.
Kini Kampung Bukit Wan semakin membangun dan banyak perubahan telah dilakukan oleh pentadbiran masa kini. Dan ianya cukup berbeza berbanding 10 tahun yang lalu. Dengan kerjasama dan komitmen semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, NGO serta semangat permaufakatan semua penduduk kampung pasti Kampung Bukit Wan ini akan  terus bertambah maju dan terkenal serta dikenali seluruh negara.
Saya bagi pihak JKKK Kampung Bukit Wan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En Abd Wahab bin Ali atau nama penanya "hulkali" selaku pereka dan penulis blog ini kerana berjaya mengilham sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh penduduk kampung sebelum ini. Semoga beliau terus aktif mengemaskini laman blog ini dari masa kesemasa. 

Sekian terima kasih. 
Tuan Haji Ambak Bin Ismail
Pengerusi JKKK Bukit Wan
Batu Rakit Kuala Nerus
TERENGGANU