10 Ogos 2009

PASUKAN GASING



Pasukan Gasing kampung Bukit Wan telah lama diwujudkan dan ia merupakan satu permainan tradisional dan masih diminati ramai khasnya golongan dewasa dan golongan muda. Banyak pihak gusar mengenai nasib permainan tradisional gasing sama ada mampu bertahan menjelang 2020.
Persoalan itu timbul kerana permainan tersebut kini semakin dilupakan dan jarang dapat dilihat kecuali di Kampung Bukit Wan hasil usaha penduduk kampung yang menghidupkan kembali permainan itu supaya ia tidak dilupakan generasi muda. Bagi orang luar yang pertama kali menyaksikan pertandingan gasing, ia berbaloi untuk ditonton kerana mereka dapat melihat sendiri aksi dan gaya seorang pemain memangkah gasing lawan untuk muncul sebagai pemenang. Kemenangan peserta juga dinilai berdasarkan kepada berapa lama gasing itu boleh bertahan berpusing.
Mungkin ada yang tidak percaya ada gasing boleh berpusing melebihi satu jam, bergantung kepada jenis dan mutu sesebuah gasing.
Biasanya, pemain berpengalaman akan memilih gasing yang diperbuat daripada kayu penaga, ru dan cengal bercampur timah untuk memastikan gasing mereka berpusing sehingga 30 minit atau lebih satu jam. Permainan gasing kini tidak begitu popular mungkin disebabkan tidak ramai lagi orang berminat membuat gasing selain masyarakat sekarang mempunyai alternatif lain untuk berhibur.
"Hanya golongan dewasa atau lanjut usia bermain gasing sekarang sebagai meneruskan permainan tradisi ini. Pada era 1970-an hingga awal 80-an, pertandingan gasing sering dianjurkan di tiga kawasan di Terengganu iaitu Batu Rakit, Tepoh dan Teluk Pasu.
Menurutnya, permainan itu biasanya membabitkan masyarakat petani selepas habis menuai dan setiap kali ada pertandingan, suasana kampung menjadi seperti pesta dan penduduk kampung pasti terhibur kerana hiburan lain sewaktu itu sukar diperolehi.  pemenang pertandingan gasing ketika era kegemilangannya dulu pula berasa diri mereka hebat, apatah lagi digelar jaguh kampung yang secara tidak langsung membuatkan mereka disegani masyarakat setempat.
Jaguh gasing sering mendapat undangan untuk mengadakan persembahan gasing dalam sesuatu majlis kenamaan di tempat mereka.
 
 
SENARAI AHLI JAWATAN KUASA TEAM GASING  BUKIT WAN. 


PENGURUS

Madzuki Bin Abd Ghani 

TIM PENGURUS
Azam bin abd Ghani 

BENDAHARI
 En Awang Din Bin Abdullah
 
AHLI JAWATANKUASA
Che Ahmad Bin Mahmud
En Wan Ismail Bin Wan
Sabri Bin Muda
Ali Bin Abdullah
Mohd Fikri Bin Awang
Abd Wahab Bin Ali
Mohd Isa Bin Abd Ghani
Wan Arif Bin Wan Ismail
Abdul Aziz Bin Ali 
 
PERCAPAIAN
Tahun 2007
– Naib juara Kejohanan Liga Gasing 
   Dun Batu Rakit 

Tahun 2008
 – Layak ke suku akhir Kejohanan Liga 
    Gasing Dun Batu Rakit 

 - Pernah diundang untuk buat
   persembahan pertunjukkan kepada
   pelancung di Pantai Batu Buruk.
 

Tiada ulasan: