Pertubuhan RELA ini telah lama wujud di Kampung Bukit Wan dari satu generasi ke satu generasi. Dan kini terdapat terdapat 12 orang penduduk kampung yang masih aktif dalam pertubuhan ini. Kini terdapat beberapa orang anak muda kampung menyertai pertubuhan ini dan sering ditugaskan pada majlis majlis yang melibatkan masyarakat umum. Selain dari itu ahli ahli rela juga turut terlibat dalam aktiviti seperti menghapuskan musuh tanaman seperti tupai , babi hutan dan sebagainya. Selain dari itu ia juga ditugaskan untuk membantu anggota keselamatan mengawal dan melaporkan kemasukan pendatang haram (pati) serta memelihara dan mengekalkan keamanan kampung serta negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan