17 Ogos 2009

AKTIVITI BELIA 4B KAMPUNG BUKIT WAN "BELIA CAKNA MASYARAKAT"

Pada 14 Ogos 2009 yang baru lalu, Pertubuhan Belia 4B Kampung Bukit Wan telah menjalankan satu "kerja amal" hasil dari cetusan idea ahli ahli belia. Program ini dinamakan "BELIA CAKNA MASYARAKAT". Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukannya bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan Al - Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi. Pertubuhan Belia ini telah pun mengenal pasti golongan yang memerlukan dan seramai 10 orang yang terdiri dari kalangan warga emas yang uzur, orang kurang upaya dan ibu tunggal yang bermasalah. Sumbangan yang diberikan adalah keperluan harian seperti beras,gula,minyak masak,biskut,milo dan tepung gandum. Segala perbelanjaannya adalah dari tabung belia itu sendiri. Untuk mengagihkan bantuan itu, ahli ahli belia telah "turun padang" dan mengziarahi dari rumah kerumah yang telah dikenal pasti dan terus menyampaikan sumbangan. Kehadiran ahli ahli belia telah disambut dengan gembira dan ada diantaranya telah menitiskan air mata tanda kesyukuran. Dalam pada itu ada diantaranya telah meluahkan perasaan dan menceritakan permasalahannya. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan kepada yang berkenaan bagi meringankan beban untuk menyanbut kedatangan bulan puasa dan mengeratkan lagi hubungan siraturahim. Program ini mungkin akan menjadi acara tahunan Pertubuhan Belia.
BELIA AKAN TERUS CAKNA MASYARAKAT
Sebahagian dari ajk belia bersama barangan sumbangan. Rombongan Belia mula bergerak menuju destinasi.
Semuanya bersemangat.... itu yang kita mahu tengok.

Pengerusi Belia (Azman)... sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga tua...Terima kasih Belia. Azman dan Fikri...tekun mendengar rintihan warga emas. Wari...orang kuat dalam Belia...2 bungkus sekali...relix je...

Bergambar kenangan bersama penerima sumbangan..Mok Ngah Tom. Seorang ibu tunggal sedang menerima sumbangan. Semoga Belia terus buat kerja amal lagi selepas ini. Pengerusi (Baju Merah) Azman, Tim Pengerusi (Hulkali), Fikri (Ajk) dan Wari (Ajk)....bergitu serius mendengar luahan hati dari Pok Long Awang.
Ajk Belia kita...bergitu gembira dan bersemangat
menjalankan kerja amal seperti ini...Dari kanan...
Nor Pok Su Aji,Sidah Ani Kedai, Pe'jan Che Rahimah,
Yah Jamilah (penerimasumbangan) dan Ayu Timah
...Terima kasih belaka.
Rombongan belia bersama seorang ibu tunggal yang
menerima sumbangan...
Ahli belia sempat lagi bergambar bersama 2 penerima sumbangan.
Tim Pengerusi Belia (Hulkali) sedang memberi sedikit
penerangan dan matlumat tentang Belia.
Ahli belia sedang mendengar permasalahan yang
dibangkitkan oleh Cik Arun.
Salah satu destinasi program "Belia Cakna Masyarakat"
yang sempat dirakam.Dengan cara bergini kita dapat
menyelesaikanmasalah dan mengenal pasti permasalahannya.

Tiada ulasan: