08 Disember 2010

KHAIRAT KEMATIAN

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN BUKIT WAN 

Penubuhan Tabung Khairat Kematian JKKK Bukit Wan telah diilhamkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Bukit Wan. Tabung Khairat Kematian ini akan berfungsi di bawah naungan Masjid Kampung Bukit Wan. Keahliannya adalah disasarkan kepada seluruh penduduk kampung Bukit Wan dan ahli keluarga yang menjadi tanggungannya. Sehingga kini terdapat seramai 265 orang ahli dengan dana terkumpul sebanyak Rm 15.600.

TUJUAN PENUBUHAN
Matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban waris simati.-Menyatukan penduduk setempat untuk mencari jalan terbaik dalammenyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku satu-satu kematian.-Memupuk semangat bekerjasama antara masyarakat setempat tanpa mengira fahaman masing-masing. 

AHLI JAWATANKUASA TABUNG KHAIRAT KEMATIAN KAMPUNG BUKIT WAN
PENGERUSI
Tn Hj Ustaz Ngah Bin Abd Rahman
TIM PENGERUSI
En Razak Bin Mohd
SETIAUSAHA
Tn Hj Chek Harun Bin Ismail
BENDAHARI
Tn Hj Wahab Bin Abd Rahman
AHLI JAWATANKUASA
Tn Hj Chik Bin Mamat
Tn Hj Abdullah Bin Chik
Tn Hj Romeli Bin Mat
En Awang Bin Abdullah
Mohd Fikri Bin Awang
En Madzuki Bin Abd Ghani
En Abd Rahim Bin Muda
En Mazlan Bin Awang
En Ngah Bin Said
En Mohd Bin Abdullah
Syarat-Syarat Keahlian
1.Terbuka kepada orang Islam yang bermastautin dikampung Bukit Wan.
2. Satu keahlian akan mewakili satu rumah atau satu keluarga di bawa tanggungannya dan hendaklah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran:
- Ahli
- Isteri/suami.
- Anak-anak yang belum berkahwin atau tidak bekerja.
- Ibubapa/mertua atau penjaga yang tinggal bersama.
3. Keahlian berkuatkuasa apabila borang pendaftaran telah disahkan oleh Pengerusi/ Setiausaha AJK Khairat Kematia JKKK Bukit Wan dan yuran pendaftaran serta yuran tahunan telah dibayar.
4. Pendaftaran yang dibuat pada ketika/hari berlakunya satu-satu kematian semata mata untuk mendapatkan wang sumbangan tidak layak menerima sumbangan untuk kematian tersebut serta merta. Walaubagaimanapun keahliannya boleh diterima.
5. Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat yuran tahunan dan kutipan terus dijelaskan dan alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah dihubungi..
6. Sebarang pindaan kepada Peraturan ini adalah tertakluk kepada keperluan semasa.
7. Sekiranyatimbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau peraturan Tabung ini,keputusanAJK Tabung Khairat Kematian adalah muktamad.
KADAR YURAN
1. Yuran pendaftaran adalah RM15.00 (Ringgit Malaysia : Lima Belas Ringgit Sahaja)
2. Ahli yang telah dibatalkan keahlian perlu mendaftar semula dan membayar yuran tahunan jika mahu menjadi ahli semula.
3. Segala yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya ahli menarik diri atau dibatalkan daripada menjadi ahli seterusnya.
4. Apabila berlaku kematian, kutipan khas sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) akan dibuat dari setiap ahli bagi setiap kematian untuk mengisi kembali Tabung ini.

5. Sekiranya tahap kewangan tidak mengizinkan, pemberian sumbangan adalah tertakluk kepada tahap kewangan Tabung.
6. Jumlah yang minimal daripada Tabung akan digunakan untuk pengurusan Tabung.

Sumbangan Kepada Waris Simati Apabila Berlaku KematianSumbangan bagi satu kematian
- Ahli berdaftar:RM 700.00.-
Kanak Kanak bawah 12 tahun :RM 350.00.
 

Tiada ulasan: