23 Disember 2010

JKKK KAMPUNG BUKIT WAN DIANUGERAHKAN JKKK CEMERLANG DAERAH KUALA TERENGGANU 2010.

Pada 22 Disember 2010 bertempat di Tingkat 3 Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu telah berlangsung Majlis Makan Malam Sempena Penyampaian Anugerah Kecemerlang JKKK Daerah Kuala Terengganu. Hampir seluruh Pengerusi JKKK dalam Daerah Kuala Terengganu telah menghadirinya. Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam dan diikuti oleh ucapan Pegawai Daerah Kuala Terengganu iaitu Tuan Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail. Dalam majlis penyampaian anugerah itu, JKKK Kampung Bukit Wan telah dianugerahkan sebagai JKKK paling cemerlang dalam daerah Kuala Terengganu tahun 2010. Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan, Tuan Haji Chek Harun Ismail telah mewakili JKKK Bukit Wan menerima anugerah itu dari pada Pegawai Daerah Kuala Terengganu. Dengan kejayaan ini JKKK Bukit Wan telah dihadiahkan wang tunai Rm 5000. Kejayaan ini merupakan satu penghargaan dari kerajaan kepada pihak JKKK dan seluruh penduduk kampung yang selama ini telah berusaha memajukan kampung dengan mengadakan berbagai aktiviti. Semoga dengan kejayaan ini akan menambahkan lagi semangat kepada semua ahli jawatankuasa JKKK dan seluruh penduduk kampung agar terus berusaha untuk memajukan kampung.
"KAMPUNG KITA... TANGGUNGJAWAB KITA"

Pengerusi JKKK Bukit Wan..Tuan Haji Chek Harun Bin Ismail sedang menerima anugerah dari Tuan Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail.. Pegawai Daerah Kuala Terengganu

Pegawai Daerah Kuala Terengganu .... sedang menyampaikan ucapan alu aluan

Kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambar kenangan bersama Pegawai Daerah Kuala Terengganu bersama dengan Penghulu Mukim Kanan dan Penghulu Mulim Batu Rakit.

JKKK Bukit Wan dianugerahkan Sebagai
"JKKK CEMERLANG" bagi Daerah Kuala Terengganu
2010.
"

Tiada ulasan: