Kampung Bukit Wan mempunyai bentuk muka bumi yang sesuai untuk aktiviti pertanian dan mempunyai kawasan tanah yang luas. Lantaran dari itu sektor pertanian merupakan pekerjaan utama penduduk kampung. Walaubagaimana dengan perkembangan semasa dan tahap pendidikan anak kampung yang semakin bertambah baik, maka keadaan statistik perkerjaan penduduk kampung juga turut berubah. Kini telah ramai kampung dari generasi baru telah berkecimpung dalam sektor kerajaan dan swasta serta dalam bidang perniagaan.
Berikut ini adalah statistik pekerjaan anak anak kampung;-
PENDAPATAN ISI RUMAH
Purata pendapatan isi rumah penduduk kampung Bukit Wan adalah sederhana sahaja. Hanya hampir 30% penduduk kampung yang berpendapatan lebih Rm 2000 sebulan. Namun kini dengan lonjakkan harga getah dan kelapa sawit pasti akan ada perubahan pendapatan isi rumah untuk masa masa akan datang.
TANAMAN PADI
Kampung Bukit Wan mempunyai kawasan sawah padi seluas 30 ekar. Kini ramai penduduk kampung terus aktif dengan penanaman padi yang diusahakan secara perseorangan diatas tanah milik sendiri dan sebahagiannya menyewa dari tuan tanah. Kaedah penanaman adalah secara menabur biji benih diatas tanah yang telah dibajak. Kawasan sawah padi ini menpunyai bekalan air yang cukup dan mudah didapati. Antara jenis jenis padi yang ditanam ialah MR219 dan MR232. Padi jenis ini banyak ditanam kerana di sesuai dengan semua keadaan tanah dan cuaca di negara kita serta mengeluarkan hasil yang lumayan. Kebanyakan kerja kerja sawah telah mengunakan alatan jentera seperti membajak sawah, meracun haiwan perosak dan menyuai hasil.
PERTERNAKAAN
PROJEK PERTANIAN JKKK
Pihak JKKK telah mengambil insiatif menwujudkan projek pertanian yang komersial sebagai punca ekonomi JKKK dan penduduk kampung dibawah skim PPRT. Pihak JKKK telah menyewa 3 ekar tanah terbiar sebanyak Rm 300 setahun bagi merealisasikan projek tersebut. Projek ini dimulakan pada akhir tahun 2009 dan memberi satu impak yang besar bagi ekonomi JKKK dan juga peserta projek. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh JKKK bagi membantu penduduk mengusahakan projek pertanian dimana modal dikeluarkan oleh JKKK dan akan dibayar balik setelah hasil dapat dikeluarkan. JKKK akan mengambil sedikit keuntungan sekitar 10% daripada hasil yang diperolehi oleh peserta projek. Antara tanaman yang diusahakan ialah jagung, lada, timun dan kacang panjang. Pasaran diusahakan sendiri oleh peserta dengan bimbingan JKKK agar orang tengah tidak manipulasi harga yang boleh memberi kerugian kepada peserta.
SEKTOR PERTANIAN
Kampung Bukit Wan adalah kampung pertanian kerana dari bentuk muka buminya yang berbukit bukau dan subur serta sangat sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan perladangan. Kawasan tanah dipinggir bukit kini telah menjadi ladang getah dan ladang kelapa sawit. Disamping itu terdapat dusun dusun pokok durian, duku, langsat, rambutan dan sebagainya. Hasil pertanian ini merupakan sumber pendapatan pendapatan utama penduduk kampung khasnya kepada pekebun getah yang kini harga bertambah baik. Ramai juga penduduk bekebun sayur dengan menanam tanaman jangka pendek seperti lada, terung, tembikal dan sebagainya. Tanam salak juga turut dijalankan dan ia merupakan salah satu sumber pendapatan.
PERTERNAKAN AYAM HIASAN
(AYAM SERAMA)
Dikampung Bukit Wan terdapat perternakan ayam hiasan (ayam serama) yang telah diusahakan secara komersil dan terus berkembang pesat. Sehingga kini terdapat hampir 250 ekor ayam serama dengan baka baka yang menarik dan bernilai tinggi. Ramai peminat peminat ayam serama dari luar Terengganu sanggup datang melihat dan berurus niaga disini. Perusahaan perternakan ini telah diusahakan oleh En Abdullah bin ‘Teh disekitar halaman rumahnya. Disamping itu beliau sering menyertai pertandingan ayam serama sekitar negeri Terengganu dan Kelantan.
SUMBER KEKAYAAN BARU DESA
UBI GADONG
Ubi gadong merupakan salah satu prodok terbaru kampung Bukit Wan yang berpotensi tinggi untuk terus berkembang. Ia merupakan makanan tradisi orang terdahulu dan telah dikomersilkan oleh penduduk kampung Bukit Wan iaitu Pn Faridah Abd Ghani dan keluarganya. Hasil dari ubi gadong ini boleh dijadikan bermacam jenis kuih seperti Antara kuih yang akan dihidangkan nya termasuklah kuih lok lik, onde-onde, puteri mandi, kuih lapis, buah gomak, bubur dan gadong goreng. Disamping itu makan yang berasaskan ibu gadong ini telah mendapat pengiktirafan dari Menteri Besar Terengganu sebagai makanan rasmi negeri Terengganu. Dan terbaru ini ia telah dijadikan juadah istimewa kepada Perdana Menteri dalam lawatan beliau Terengganu baru baru ini.
(KEDAI ROTI RAJIN SOKMO)
Dikampung Bukit Wan terdapat perusahaan membuat roti secara komersil yang diusahakan oleh En Mohd Zawawi bin Musa yang merupakan anak jati kampung ini. Perusahaan ini telah lama beroperasi dan semakin maju. Kedai roti ini diberi nama “ Kedai Roti Rajin Sokmo” yang kini mempunyai 10 orang pekerja dan semuanya anak kampung ini. Roti ini telah dipasarkan sendiri oleh penguasanya diseluruh negeri Terengganu termasuklah pasaraya besar seperti Mydin, Sabason dan Giant serta kedai kedai runcit.
TANAMAN SALAK
Tanaman salak merupakan salah satu tanaman buah yang disukai dan mempunyai prospek baik untuk diusahakan. Projek ini diusahakan di sekitar rumah sebagai sumber pendapatan tambahan bagi petani yang mengusahakan tanaman padi dan getah. Namun disebabkan permintaan yang tinggi, tanaman salak ditanam dengan lebih meluas dan dijadikan salah satu produk keluaran Kampung. Hasil buah salak dapat dikeluarkan pada umur dua tahun selepas ditanam.Faktor kejayaan tanaman ini ialah mewujudkan sistem pasaran secara jualan runcit di samping memperkenalkan tanaman salak sebagai satu produk kampung serta menanam dengan sistem penanaman kepadatan tinggi. Kini terdapat seluas 4 ekar telah ditanam dan mula mengeluarkan hasil beberapa tahun yang lalu.
PERUSAHAAN MEMBUAT RAGI
Perusahaan membuat ragi telah berpuluh puluh tahun dijalankan dikampung Bukit Wan. Dan ia terus berkembang pesat sehingga kini. Perusahaan ini dijalankan oleh Haji Ngah bin Abd Rahman dan keluarga dirumahnya. Kegunaan utama ragi ini adalah untuk membuat tapai pulut dan tapai ubi. Permintaan pasaran adalah tinggi dan kini telah sampai ke luar negeri Terengganu.
Perusahaan membuat ikan keli salai telah lama dijalankan oleh penduduk kampung Bukit Wan secara terancang dan mengikut peredaran musim. Ikan keli ini didapati dari kawasan paya sekitar kampung dan juga dari luar daerah. Terdapat dua jenis kategori ikan keli salai iaitu ikan keli salai biasa dan ikan keli salai kering. Perusahaan ini cukup mendapat sambutan oleh penduduk setempat dan kawasan sekitarnya dan ia mempunyai prospek yang cerah sebagai penjana ekonomi yang utama penduduk kerana permintaan yang amat memberansangkan dan tidak dapat diperolehi ditempat lain.
TANAMAN POKOK KARAS
Tanaman pokok karas ini mula diperkenalkan dikampung Bukit Wan pada Jun 2010 yang lalu dan ia merupakan satu tanaman baru yang boleh memberi pendapatan yang lumayan. Kini terdapat hampir 700 batang pokok karas yang telah ditanam oleh penduduk kampung disekitar kawasan rumah dan juga dikebun buah buahan. Pokok karas ini mengambil masa yang agak panjang untuk mantang bagi mendapatkan teras (gaharu) iaitu sekitar 5-6 tahun. Selepas itu proses suntikan inokulasi dapat dijalankan dan mengambil masa lebih kurang 2 tahun, barulah pokok karas akan ditebang untuk mendapatkan teras gaharu. Pokok karas boleh menghasilkan “Minyak Gaharu”. Gaharu begitu tinggi permintaannya dinegara Timur Tengah dan juga negara lain seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya. Gaharu dijadikan bahan pewangi, kemenyan dan digunakan dalam perubatan tradisional. Terdapat pelbagai gred kayu karas dan gred ini menentukan harga untuk dijual. Harga gaharu pula boleh mencecah RM20,000 sekilo bagi gred A. Harga minyaknya pula boleh mencecah RM12,000/1 tolla (lebih kurang 12mL).
RUMAH SEWA JKKK
Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Wan sentiasa berusaha mencari sumber kewangan untuk kegunaan JKKK untuk menjalankan aktiviti aktivitinya. Salah satu sumber pendapatan tetap JKKK Bukit Wan sekarang ini adalah dari hasil rumah sewa milik JKKK yang kini terdapat 2 buah unit rumah sewa. Rumah ini disewakan kepada penduduk kampung dan juga orang luar dengan kadar yang berpatutan. Rumah sewa ini turut disediakan bekalan elektrik dan air paip.
HOMESTAY
Dikampung Bukit Wan juga kini terdapat kemudahan rumah rehat ataupun homestay. Ia merupakan salah satu sumber pendapatan baru kepada penduduk kampung khasnya kepada pengusahanya. Kemudahan ini disediakan untuk sesiapa yang ingin merasakan kehidupan suasana kampung yang terdapat dikampung Bukit Wan. Setakat ini terdapat 2 buah homestay yang dimiliki oleh penduduk kampung dengan kos sewanya adalah berpatutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan