14 Disember 2010

GOTONG ROYONG SEMPENA MAAL HIJRAH

Kini, apa bila ada hari cuti atau hari pelepasan am, pasti akan diadakan Program Gotong Royong di Kampung Bukit Wan. Yang terbaru ini adalah cuti am sempena Maal Hijrah. Dikesempatan ini penduduk kampung mengambil kesempatan untuk terus membersihkan dan mencantikan serta mengceriakan suasana kampung bagi menghadapi Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada akhir bulan Disember ini.
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
Sekumpulan anak muda turut bergotong royong
Kak Jah...sempat lagi bergambar.
En Ambak (S/U JKKK) antara yang kerja kuat.
Pok Su Haji (Tok Iman)... cukup bersemangat dan sentiasa ada pada setiap
program gotong royong.
Pasang papan tanda jalan...sesuatu yang baru.
Ramai kaum ibu turut sama bergotong royong.

Tiada ulasan: