08 Disember 2010

KESIHATAN

Pihak pentadbir Kampung Bukit Wan sentiasa mengambil berat masalah kesihatan dan mengambil cakna keadaan sekeliling kampung tentang aspek kebersihan. Banyak program telah diadakan untuk memastikan taraf kesihatan penduduk kampung dapat dipertingkatkan. Program ini dilaksanakan melalui kerjasama antara jabatan kesihatan,biro JKKK dan penduduk kampung menerusi program ceramah dan penyampaian risalah Program dan aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan persekitaran kampung sentiasa bersih dan terpelihara dari sebarang tempat pembiakan nyamuk dan vaktor. Program ini dilaksanakan melalui kerjasama penduduk kampung,biro dan jabatan kesihatan menerusi aktiviti-aktiviti gotong royong membersihkan kawasan dan menerusi khidmat,nasihat daripada jabatan kesihatan. Program seperti ini sering dilaksanakan dikampung Bukit Wan. Ia diadakan adalah untuk memastikan taraf kesihatan penduduk kampung ini berada pada tahap yang memuaskan dan sentiasa diambil berat dari masa ke semasa menerusi pemeriksaan dan penjagaan kesihatan.Program ini biasanya dijalankan oleh jabatan kesihatan daerah. Diantara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan tekanan darah, kencing manis dan sebagainyan.

Klinik Desa Bukit Wan

Tujuan klinik desa ditubuhkan adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat menerusi pelaksanaan,perancangan dan penilaian program-program kesihatan penduduk kampung,khususnya bayi dan ibu mengandung.
Program Dan Aktiviti Klinik Desa
- Menyediakan klinik ibu hamil dan klinik kanak-kanak.
- Membuat lawatan ke rumah rumah ibu hamil.
- Menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan.
- Membuat rawatan bulanan.
- Perkhidmatan perancang keluarga.

Tiada ulasan: