BLOGGER HULKALI
Assalamulaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam 1 Terengganu, Salam 1 Batu Rakit dan Salam 1 Bukit Wan. Ditengah kepesatan teknologi maklumat dan dunia kini yang tiada lagi sempadan maklumat, maka tercetus diminda untuk menglobalkan nama negeri, daerah dan kampung agar ia dikenali dan menjadi sebutan dimana jua. Ramai antara kita dari dulu tidak terfikir tentang kemajuan dan kecangihan teknologi maklumat yang kadang kalanya tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Saya cukup bersyukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana dikurniakan sedikit ilmu dan kemudahan untuk mencipta dan melahirkan satu laman web khas untuk "Kampung Bukit Wan" sebagai tanda cinta dan sayangkan pada bumi tempat tumpahnya darah kita. Berbekalkan sedikit ilmu, kelapangan waktu dan secebis cetusan idea, maka lahirlah laman blog ini yang serba kekurangan. Tujuan utama laman blog ini dibangunkan adalah untuk memaparkan peristiwa atau pun aktiviti aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampung dari masa ke semasa. Blog ini juga akan cuba memuatkan data data kependudukan kampung dan penduduknya serta maklumat maklumat asas tentang kampung agar ia dapat diketahui ramai serta dikenali diserata dunia. Selamat melayari laman blog ini. Semoga anda mendapat sedikit maklumat dan info terkini tentang Kampung Bukit Wan.
Hulkali bersama Ayahanda (Ali bin Abdullah)
Hulkali bersama Datuk Mohd Jidin bin Shafiee
(Ahli Parlimen Setiu)
Hulkali bersama Dato Seri Hj Ahmad Said
(Menteri Besar Terengganu)
Sekian Terima Kasih......
Hulkali dan anak anak
Hulkali bersama isteri (Masuiza binti Amran)
Hulkali bersama Ayahanda (Ali bin Abdullah)
(Penghulu Mukin Batu Rakit)
Hulkali bersama Penghulu Kanan Pejabat Daerah
Kuala Terengganu (Tn Hj Wan Sulaiman Wan Muda)
Hulkali bersama Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu
Tn Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail
Hulkali bersama Penghulu Kanan Pejabat Daerah
Kuala Terengganu (Tn Hj Wan Sulaiman Wan Muda)
Hulkali bersama Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu
Tn Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail
(Adun Batu Rakit)
Hulkali bersama Datuk Mohd Jidin bin Shafiee
(Ahli Parlimen Setiu)
Hulkali bersama Dato Seri Hj Ahmad Said
(Menteri Besar Terengganu)