yang lebih dalam pembangunan pendidikan ini. Sebagai tanda sokongan pihak JKKK telah menyediakan beberapa insentif kepada pelajar UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM. Secara amnya pendidikan di Kampung Bukit Wan kini berada ditahap yang amat baik dan peluang terbuka luas untuk semua pelajar bagi terus maju. Pihak JKKK sentiasa menyokong dan memberi dorongan dengan kerjasama PIBG dan pihak sekolah serta ibubapa.
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT WAN
Pada pagi Jumaat 16 April 1948, tercetuslah idea oleh Tuan Hj. Abu Bakar b. Salleh, seorang guru agama dari Kelantan, untuk menubuhkan sebuah sekolah di Kampung Bukit Wan.Setelah berbincang dengan beberapa rakan, maka pada minggu berikutnya terdirilah sebuah bangsal yang bertiang kayu serta beratap daun nipah. Bangsal tersebut didirikan di atas tanah seluas 2.206 hektar. Selepas itu semua penduduk kampung telah bersetuju melantik Tuan Haji Abu Bakar menjadi guru untuk mengajar seramai 30 orang kanak kanak kampung. Dari tahun ke tahun keramaian murid semakin bertambah dan untuk menampung keperluan itu pihak Jabatan Pendidikan telah mendirikan beberapa bangunan lagi. Contohnya pada tahun 1960 sebuah bangunan separuh kekal telah dibina. Tahun 1968 sebuah lagi bangunan dua bilik darjah dibina untuk menampung seramai hampir 100 orang murid. Tidak cukup dengan tiga bangunan, pada 1984 sebuah lagi bangunan 2 bilik darjah telah dibina.Kampung Bukit Wan bertambah maju begitu juga murid sekolah semakin bertambah. Akhir sekali pada tahun 1986 sebuah bangunan 3 tingkat dibina untuk memberi kemudahan pelajaran kepada anak-anak kampung di sekitar Kampung Bukit Wan termasuklah Kampung Gong Lingai,Kampung Lingai, Kampung Bukit Nenasi serta Kampung Pondok Lalang. Namun perkembangan Sekolah Kebangsaan Bukit Wan tidak terhenti bergitu saja, malah pada akhir tahun 1998 satu lagi projek pembinaan bangunan 4 tingkat telah dijalankan dan siap di akhir tahun 1999. Pada awal 2001 bangunan tersebut telah dapat digunakan untuk proses pembelajaran sehingga sekarang.
CITA CITA ANAK KAMPUNG
Ameerah Binti Azmi (18 tahun) …melanjutkan pelajaran ke Universiti Volgograd State Medical di Russia dalam bidang perubatan dibawah tajaan Yayasan Terengganu selama 6 tahun. Cita cita beliau adalah untuk menjadi seorang doktor pakar.
PENDIDIKAN DARI JKKK
Kini pendidikan merupakan agenda paling penting dalam sesebuah negara dan juga disesebuah kampung. Lantaran dari itu pihak JKKK Kampung Bukit Wan sentiasa berusaha dan memberi perhatian yang lebih dalam pembangunan pendidikan ini. Sebagai tanda sokongan pihak JKKK telah menyediakan beberapa insentif kepada pelajar UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM. Secara amnya pendidikan di Kampung Bukit Wan kini berada ditahap yang amat baik dan peluang terbuka luas untuk semua pelajar bagi terus maju. Pihak JKKK sentiasa menyokong dan memberi dorongan dengan kerjasama PIBG dan pihak sekolah.
USAHA USAHA MENPERTINGKATKAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK KAMPUNG


Tiada ulasan:
Catat Ulasan