08 Disember 2010

PROGRAM KEAGAMAAN PENDUDUK

Masyarakat kampung sentiasa melibatkan diri dengan program keagamaan kerana ia penting sebagai usaha membina pembangunan sahsiah pada setiap insan. Pengisian dalam program keagamaan secara tidak langsung dapat membina pembangunan sahsiah yang sempurna. Pihak JKKK Kampung Bukit Wan sentiasa peka dan mengambil berat dalam program keagamaan kepada semua penduduk kampung. Telah banyak program dan aktiviti telah dijalankan seperti ceramah agama, kuliah maghrib ,bacaan yassin, pertandingan bacaan dalam sembahayang , pertandingan Azan , pertandingan bacaan Al Quran dan sebagainya.
JADUAL PROGRAM DI MASJID BUKIT WAN
BACAAN YASSIN DARI RUMAH KE RUMAH
Majlis bacaan Yassin dari rumah kerumah telah lama diadakan di Kampung Bukit Wan. Program ini telah dijalankan oleh Pergerakan Wanita Umno Kampung Bukit Wan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Kampung Bukit Wan dan juga JKKK. Program ini akan diadakan setiap hari Jumaat malam Sabtu dirumah rumah penduduk kampung secara bergilir gilir. Ternyata program seperti ini telah mendapat sambuatan yang amat menggalakan dan pada masa yang sama ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
CATATAN Pada 29 Oktober 2010 yang lalu, Kampung Bukit Wan telah diberi kepercayaan untuk mengadakan Kuliah Maghrid Perdana Peringkat Dun Batu Rakit yang telah disampaikan oleh Penceramah dari Mesir iaitu Al-Shiekh Ahmad Isa al-Ma'sorowy . Kehadiran jemaah mencapai hampir 500 orang.

Tiada ulasan: