31 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat menyambut tahun baru 2011 dan tahun hijrah 1432. Semoga tahun ini akan lebih bermakna dan lebih bererti dari tahun tahun yang lalu. Dengan ketibaan tahun baru ini, diharapkan agar seluruh penduduk kampung akan terus bersatupadu dan semangat kerjasama dalam satu pasukan akan terus diamalkan demi kesejahteraan dan kemakmuran kampung. Kini Kampung Bukit Wan dalam berada dalam perubahan suasana kampung bagi menghadapi "Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2010". Kini banyak perubahan sedang berlaku dalam kampung dan semua ini memerlukan geraktenaga dan percambahan idea agar impian terlaksana. Marilah kita bersatu dalam untuk merealisasikan hasrat dan impian ini.
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) BUKIT WAN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2010 DAN TAHUN BARU HIJRAH 1432 KEPADA SEMUA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT WAN YANG KINI BERADA DIMANA JUA. SEMOGA KAMPUNG KITA AKAN TERUS BERADA DALAM KEMAKMURAN DAN KEDAMAIAN SERTA TERUS DIMURAHKAN REZEKI.
"KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Tiada ulasan: